Template by:
Free Blog Templates

11 April 2011

Masyarakat cina






Sokongan padu Masyarakat Cina di Redang Panjang terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) tidak dinafikan.

Bahkan, mereka tanpa ragu-ragu meneriakan sekuat hati dengan slogan 1 Malaysia setiap kali saya mencapaikan ucapan di majlis jamuan makan Masyarakat Cina Redang Redang.

Mereka menyambut segala kata-kata semangat yang dilemparkan bagi menjamin kestabilan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di Negara ini.

Rakyat semua kaum tanpa mengira agama harus bersatu padu bagi menjamin keamanan dan keselamatan mereka.

Justeru demi bagi kemajuan yang lebih cemerlang,Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melahirkan flasah rakyat didahuluan dan pencaian diuitamakan.

Negara akan musnah jika rakyat berpecah belah, tambah saya dengan mendapat tepukan gemurah daripada mereka yang hadir termasuk kaum Wanita.

Mereka juga begitu gembira dengan kehadiran saya, malah saya turut menegaskan bahawa saya amat senang dengan kemesraan bersama penduduk cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, dan disambut dengan jeritan tanda suka dan tepukan gemuruh.

Ketika Saya mengumumkan sumbangan dua buah khemah untuk kegunaan masyarakat cina di situ dan peruntukan kepada sebuah Sekolah Cina di situ, ia juga disambut dengan laungan Terima Kasih.

Mengenai permohonan mereka mendapat sejumlah peruntukan, Saya memberitahu bahawa perkara itu kini ditangan Anggota EXCO Kerajaan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Diantara ratusan yang hadir di majalis itu ialah Ketua MCA Redang Panjang, Teoh Leong Hui, Ketua Rela Selama, Yong Chee Sing, Pengerusi Tok Kong Toh Pek Kong, Kiang Chiew Way, Ketua Kampung Redang Panjang, Zainuddin Hamid, Ketua UMNO Cawangan Redang Panjang, Khairul, Ketua Puteri UMNO Bahagian Larut, Azariah Budin dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu, Osman Yahya.

0 comments: