Template by:
Free Blog Templates

26 April 2011

Rumah orang miskin







Meninjau kerja-kerja membina bantuan rumah Yayasan Bina Upaya (YBU) di Kampung Tebing Tinggi dalam Dewan UndanganNegeri (DUN) Kubu Gajah.

Kerja pembinaan rumah tersebut yang bermula beberapa hari yang lalu adalah milik Ibu miskin, Naam Lali binti Mohd Aidil.

Rumah itu yang dianggarkan sekitar RM40,000 dijangka siap dalam tempuh tidak sampai sebulan dan diluluskan ketika lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini.

Saya mengucapkan Terima Kasih kepada YBU terutama Ketua Pegawai Esekutinya, Khairul Azyam bin Datuk Harun yang juga Ketua Pemdua UMNO Negeri Perak yang begitu perihatin dengan keadaan rakyat miskin.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Masalah orang kampung seperti Puan Naam Laili ialah tanah berkongsi lebih 10 orang.

Memanglah pada masa ini meraka yang berkongsi tidak ada masalah. Tapi cuba kita fikirkan anak cucu mereka nanti.

Tanah tersebut boleh dipecah dua bahagian. Tetapi sudah tentu Puan Nam Laili tiada wang untuk pecah bahagian kerana ia mencecah lebih kurang 6 ribu ringgit.

Pecah bahagian maksud saya satu bahagian untuk keluarga Puan Naam Laili dan satu bahagian lagu ialah untuk keluarga Cikgu Zainal Abidin. Keluarga Cigku memunyai wang dan bila2 masa mereka mahukan tanah tersebut dipecah bahagian.

Sesudah pecah bahagian kita perlu juga memikirkan pecah tanah untuk perumahan. Perkara ini lagi mahal dan cukainya bertambah.

Cuba YMDS pergi ke Sarawak dan Sabah perkara pecah bahagian tidak semahal seperti di Semenanjung. Kerajaan membantu mengukur tanah rakyat di sana

Inilah yang saya fahamkan tentang slogan RAKYAT DIDAHULUKAN.

Untuk pecah tanah di Selama taukey SURVEY didahulukan dan rakyat dikemudiankan.

Nasib Puan Naam Laili tidak berakhir di situ saja.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Di Perak nampaknya kita (40%) lebih berununtung jika menjadi setinggan daripada kita mempunyai tanah sekangkang kera (tidak 'mencuri' tanah kerajaan).Kalau kita 'curi' tanah kerajaan dan menjadi setinggan sudah tentu kita diberikan tanah percuma.

Dulu pernah kita mendengar komunis pencen pun dapat tanah. Sekarang 'pencuri tanah' pun dapat habuan

Saya pun hendak jadi setiinggan supaya dapat tapak tanah kampung sersusun seperti yang akan diberikan kepada mereka yang duduk di jalan keretapi ke Port Weld.

Saya ada duit hendak buat rumah tapi tanah berkongsi 3 orang. Itulah masalah saya dan orang2 kampung yang lain. Hendak pecah bahagian kena bayar 5 ribu.

Cadangan saya ialah kerajaan hendaklah mengambil alih kerja2 pecah bahagian.

Sekian. Terima kasih.