Template by:
Free Blog Templates

10 April 2011

Pekan hari





Pekan hari di Kampung Mesjid, Ijok diadakan dua kali setiap minggu iaitu padapagi Jumaat dan petang Rabu hingga ke malam.

Saya turut meninjau para peniaga dan penjaja di Pekan Hari, petang Rabu lalu yang diadakan hingga ke sebelah malam, sedangkan pada hari Jumaat hanya didadakan pada sebelah pagi hingga ke tengahari.

Berdasarkan sambutan yang begitu menggalakan dan ramai pengunjung yang sering datang, para peniaga dan penjaja di situ menarik nafas lega.

Saya juga turut gembira melihat perniagaan mereka dan berharap pekan hari itu bukan sahaja memberi kemduahan kepada penduduk tempatan untu membeli belah, tetapi juga memberi pendapatan yang baik.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya harap YMDS menggalakkan pekan hari seperti pekan Rabu Alor Star semasa zaman Mantan PM kita masih di sekolah dahulu.

Di situ (Pekan Rabu)saya lihat orang kampung menjual barangan hasil tanaman mereka sendiri.
Mereka tidak membeli dari pemborong.

Mereka tidak menjual barangan yang dibeli dari pemborong untuk dijual di pekan Rabu. Begitu juga di Kelantan dan Kuala Trengganu.

Orang kampung mahu membeli barangan yang lebih murah. Pekan hari kampung hanya berjaya jika jualannya murah ('tanpa keuntungan orang tengah').

Sebagai contoh saya jual nenas seringgit sebiji kerana saya tanam sendiri. Orang tengah menjual nenas saya $1.50 sebiji. Di supermarket $2.00. Begitu juga limau perut. Saya jual 40 sen sebiji tapi orang tengah ada yang menjual hingga $1.00 sebiji. Kalau nak buat ubat mereka jual 20 ringgit sebiji bagi limau tiga serangkai.

Kalau tiada kera, saya boleh jual lebih murah lagi. Mungkin kerajaan PAS/PKR boleh menghalau kera di kampung saya. Kerajaan Barisan nampaknya tidak BERJAYA. Mungkin kelemahannya ialah kita memilih pemimpin Payung Terjun bukan rakyat jati yang sekian lama bermastutin di situ dan mempunyai tanah dusun (tanaman nenas dan pisang) di situ juga.

Sekian.