Template by:
Free Blog Templates

3 April 2011

Belia



















Program untuk belia harus diperbanyakan kerana peranan mereka juga penting dalam mencapai perpaduan kaum.

Sehubungan dengan itu juga, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) harus melihat Persatuan-Persatuan Belia yang tidak mampu mejalankan aktiviti kerana masalah kewangan.

Janganlah ada Persatuan Belia yang wujud dan bergerak bermusim kerana tiada tunjuk ajar daripada pihak-pihak berkenaan.

Belia adalah sebahagian besar penduduk di Negara ini dan perhatian terhadap mereka juga harus diberikan keutamaan bagi menggelakkan mereka terbabit dengan kegiatan yang tidak bermoral.

Saya berkata demikian di majlais perasmian dan penyampaian hadiah Larian Belia Sihat peringkat Daerah Kecil Selama di padang Majlis Daerah di Kampung Mesjid, Ijok pagi tadi.

Saya juga menyarankan agar semua pengurusan padang dan gelanggang futsal yang dibina oleh KBS diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) .

Lebih mudah ia diurus oleh JKKK kerana ia adalah badan yang dibentuk oleh Kerajaan di setiap Kampung.

Saya juga meminta agar KBS merancang progam dari masa ke semasa agar gelanggang yang dibina itu tidak tinggal kosong tanpa digunakan oleh remaja.

0 comments: