Template by:
Free Blog Templates

15 April 2011

DUN-4

alhamdullilah sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang bermula Selasas lalu berakhir petand tadi dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengullanggi hasrat Kerajaan untuk memajukan Negeri tanpa mengabaikan program pembasmian kemiskinan.

Menggulung perbahasan dua hari titah Ucapan DYMM Pemangku Raja Perak, Dr Zambry turut membidas tanggapan negatif Pembangkang keatas usaha Kerajaan.

Tidak masuik akal dakwaan Pembangkang selama 53 tahun Negara mencapai Kemerdekaan masih tiada perubahan, sedangkan ketika Kerjaaan Pembangkan mentadbir Kerajaan Negeri tidak langsung program membela nasib rakyat.

Dewan agak kosong di sebelah Pembangkang hari ini barangkali mereka mengambi kesempatan ke kempen Pilihanraya Negeri Sarawak, sedangkan tanggungjawab utama mereka ia lah berada di sidang DUN bagi membincang dan menyuarakan masalah pengundi mereka.

Dr Zambry turut menyatakan usaha Kerajaan Negeri menaik taraf Pekan-Pekan kecil di seluruh Perak termasuk di Kubu Gajah dan Ijok serta Batu Kurau bagi mengseimbagnkan kedudukan ekonomi luarbandar.

Projek Lebuhraya Jelapang -Selama turut dibangkitkan dalam sidang pagia tadi bagi mengtahui bila ia akan dilaksanakan.

Pada sebelah petang selepas solat Jumaat, Dewan turut meluluskan bebrapa rang Undang-Undang termasuk penubuhan Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Dewan juga turut meluluskan perlantikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri yang dipengerusikan oleh Saya sendiri.

Dr Zambry kemudian mencadangkan Dewan ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak.

Dr Zambry mengetahui Adun-Adun Barisan Nasonal (BN) bersama Pemangku Raja bersolat Jumaat di Mesjid Jalan Dairy.

Turut berangkat ialah Raja Di Hilir Perak dan kaum kerabat di Raja serta Pembesar Negeri yang lain. Bacaan Yassin dan Tahlil turut diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak 19hb April ini.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalaulah perkara2 yang dibangkitkan untuk kemajuan LMS dimulakan dari sekarang tentulah pembangkang tidak mengatakan BN bertujuan untuk memancing undi (lebih ikhlas).

Strategi kempen Sarawak saya mula lihat orang kuat UMNO banyak berkempen di tempat di mana Barisan kalah di PRU yang lepas.

Kalaulah pucuk pimpinan Barisan hanya berkempan di tempat yang mereka kalah pada PRU12 di PRU 13 akan datang sudah tentu BN akan menang di PRU 13.

Tapi kalau BN menghabiskan wang dan berkempen hanya di kawasan yang sudah selesa (fixed deposit) sampai bila pun saya rasa BN tidak dapat menawan balik tempat yang mereka kalah dengan teruk di PRU 12 yang lepas. Wang habis tanah tergadai. Siok sendiri punya politik tidak boleh lagi dipraktikkan di PRU 13.

Sebagai contoh kita tahu Pangkor sudah tentu menang di PRU 13 tapi kita masih berkempen secara besar2an... inilah yang dikatakan POLITIK SIOK SENDIRI. Tapi kalau kita berekempen berhabisan di Kubu Gajah inilah yang saya katakan POLITIK UNTUK MENAWAN NEGERI PERAK.

BN mesti mengubah strategi. Kita tidak mahu cara lama. Kalau boleh yang menang majoriti ditukar ke kawasan yang tidak selesa kerana mereka sudah pun terkenal. Jika mereka diletakkan di mana2 kawasan pun saya rasa mereka akan menang kerana mereka sudah disanjung tinggi.

Lagi satu, kalau kita menhantar orang Perak ke Serawak untuk berkempen pilihlah ahli UMNO yang pandai berbahasa suku kaum Sarawak.

Ramai ahli UMNO Perak yang pandai betutur bahasa Iban dan Melanau tapi tidak dipilih untuk berkempen di sana.

Saya rasa inilah kelemahan UMNO kerana mereka tidak ada data base ahli yang pandai bertutur bahasa negara2 lain. Kita masih menghantar ahli UMNO ke Jepun yang tidak tahu berbahasa Jepun walaupun ramai ahli UMNO yang pandai bertutur dalam Bahasa Jepun untuk misi kebajikan membantu tsunami, sebagai contoh.

Inilah yang saya fahamkan tentang the best from the Malays, Chinese, Indian or others yang dapat mengharumkan nama Malaysia dipilih. Pencapian diutamakan juga mempunyai erti yang sama bagi saya,
yakni yang pandai bertutur bahasa suku kaum Sarawak yang perlu dihantar untuk berkempen di Sarawak.

Kesimpulannya, UMNO hendaklah mempunyai data base bagi semua aspek termasuklah dalam bidang konsultant, scientist, chef yang terkenal dan pakar banyak bahasa dll. supaya mereka yang kita pilih dapat mengharumkan nama negeri Peraka seperti pemain badminton.

Kita tidak mahu mereka yang dianggap pakar tapi tidak dapat menyelesaikan masalah dalam negeri Perak dipilih.

Sekian.

Anonymous said...

YMDS,

Cara kita hendak menawan kawasan bandar kita masih menggunakan kaedah lama.

Strategi yang baik sekali ialah strategi yang digunakan PAP di Singapura.

Bina hanya rumah murah di dalam bandar dan masukkan sekurang2nya 61% bumiputera (berdasarkan koata penduduk bumiputera).

Hanya bumiputerlah yang akan membantu calon MCA untuk menang di kawasan bandar kerana orang Cina yang lain masih mengagung2kan demokrasi survival of the featus (law of the jungle). Mereka hanya buat2 tidak faham kenapa ada parti komunis di Indonesia dan kominis di Malaysia seketika dahalu. Bayangkanlah kalau Chin Peng balik ke Malaysia sudah tentu beliau menubuhkan parti politik yang mempunyai kefahaman macam komunis/sosialis di Malaysia.

Jika Barisan tidak membuat strategi ini gunakanlah teori Gaussian untuk memenangi pilihan raya di Perak.

Jangan peduli langsung kawasan 14% yang dimenangi pembangkang yang tidak akan menukar pemikiran mereka walaupun kita berikan kepada mereka se kapal wang tiap2 seorang.

Begitu juga 14% kawasan di mana Barisan tetap mendapat kemenangan dengan selesa, seperti Pulau Pangkor.

Yang penting sekali ialah berkempan di kawasan 64% yang mungkin 34% daripadanya akan mengundi pembangkang dan 34% lagi akan memihak Barisan.

Buat pada masa ini Barisan hendaklah mengenal pasti kawasan yang 64% ini.

Teori Gaussian ini amat perlu diketahui kerana ia dapat merancang strategi untuk kemenangan Barisan jika Barisan hendak menawan negeri Perak.

Sekian untuk pengetahuan YMDS tentang Gaissian Teori.

Kesimpulanya, jangan habiskan wang Barisan/kerajaan di kawasan yang tidak akan menang walau apa pembangunan pun diberikan. Begitu juga tempat yang dikaterorikan 'sudah menang', janganlah rugikan masa dan wang untuk berkempen di tempat yang selesa kerana Barisan tetap menang di kawasan tersebut tanpa apa2 suntikan.

Sekian untuk makluman YMDS.