Template by:
Free Blog Templates

30 April 2011

Perjumpaan UMNO





UMNO Bahagian Larut sentiasa menyambut baik usaha perpaduan di kalangan orang melayu jikapun membabitkan PAS.

Ini adalah kerana perpaduan Orang Melayu itu lebih penting dari segala-galanya dan tidak ada maknanya jika politik itu kuat, tetapi orang melayu hancur dan tidak bersatu.

Saya berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan jentera Pilihanraya UMNO peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.

Juseru PAS harus lihat pentingnnya perpaduan ummah dan ia tidak harus dipertikaikan kerana perjuangan Islam itu sendiri melektakan soal ini sebagai keutamaan.

Perjuangan dan Politik Orang Melayu tidak akan kemana-mana jika mereka sendiri berpecah dan tidak bersatu padu.

Seperti kata perpatah menyesal dahulu pendapatan, tetapi tidak ada gunannya jika nasi sudah menjadi bubur.

Saya juga menyeru ahli-ahli UMNO semua peringkat di bahagian Larut untuk bersedia menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) pada bila-bila masa.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau kita baca sejarah tamadun Melayu, mereka berkelahi bila mereka lihat ketua mereka lebih kuat (sombong/bongkak) dari ketua2 yang lain.

Ada 12 negeri Melayu di Timor Sumatra sejak kurun ke ke 7. Mereka lawan antara satu sama lain akhirnya pada 3.3 1946 dilenyepkan 'komunis' semuanya kerana mereka tidak bersatu.

Begitu juga di Sepanyol orang Islam lawan orang Islam pada kurun 12 dan 13 akhirnya dilenyapkan perang salib kerana mereka tidak bersatu

Mereka tidak ada pilihanraya untuk menentukan ketua yang paling lebih gemilang, terbilang dan cemerlang.

Isu yang akan menjadi senjata pembangkang untuk 'perang' di PR 13 ialah isu peribadi.

Saya syorkan semua jentera UMNO hendaklah menerangkan hakikat sebenarnya tentang isu peribadi yang dibangkitkan pembangkang tiap2 hari.

Banyak blok pembangkang mengutarakan isu nepotism (misalnya sepupu atau anak YB yang lama dikemukakan untuk bertanding di PR 13) dan kronism.

Saya minta semua Ketua UMNO hendaklah menjelaskan tentang isu ini walaupun semasa makan kenduri.Beritahu kenapa mereka dipilih dan diberkan 'semuanya'

Apa salahnya Ketua UMNO beri peluang kepada yang lain untuk bertanding kerana ketua tersebut sudah dapat satu kedudukan. Berilah orang lain pula untuk mendapatkan kedudukan yang lain, seperti menjadi calon atau pengarah syarikat, senat atau duta. UMNO ada tiga suku juta tapi kita biarkan ahli lain asyik menganga sahaja walaupun mereka ada kebolehan atau prestasi dalam bidang tertentu yang dikagumi.

Anonymous said...

YMDS,

PAS Kubu Gajah hanya membangkitkan isu nepotism. Saya sudah temubual ramai antara mereka yang menyokong PAS

Harap YMDS cuba mesyuarat bagaimana hendak menepis tomahan ini jika UMNO hendak menang di Kubu Gajah.

Mereka akan bersatu jika YMDS mendengar rintihan mereka.