Template by:
Free Blog Templates

13 September 2012

Haji



Umat Islam yang berpeluang mengerjakan Haji dianggap duta negara, justeru mereka janganlah mensiasiakan tempoh kesempatan tersebut untuk beribadah dan elakkan diri daripada terbabit dengan aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan Arab.

Ramai yang mendaftar hendak ke Mekah, tetapi Qota adalah terhad, justeru janganlah mereka mensiasiakan peluang mengerjakan Haji.

Sebagai duta imej negara ditangan mereka dan sesuatu yang negatif itu selalunya menjadi perhatian.

Demikian nasihat Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis jamuan hariraya aidilfitri dan meraikan bakal-bakal Haji di Felda, Ijok tengahari tadi.



Turut hadir pengurus Felda, Haji Saifuddin Dat dan ketua kampung Felda , Ijok, Haji Shukur Haji Jaman.

Jika had masa dan tempoh yang telah ditetapkan oleh tabung Haji, jemaah kena akur dengan visa yang dikeluarkan termasuk ketika mengerjakan umrah.



Jika berlaku masalah bukan sahaja melibatkan mereka, tetapi juga menjejaskan nama baik negara, jika ada yang tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan.

Mengenai perpaduan Ummah, beliau berharap umat Islam tidak kira dimana mereka berada akan sentiasa mengutamakan semangat tersebut.

0 comments: