Template by:
Free Blog Templates

9 July 2011

Sinar Bersama Penduduk



























Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah terus menggekalkan hubungan yang erat dengan Akhbar Sinar Harian dalam menyampaikan maklumat dan aktiviti bagi pengetahuan rakyat.

Justeru, program bersama penduduk bersama Sinar Harian amatlah dialu-alukan kerana ia mampu menjana kesedaraan kepada masyarakat.

Saya berkata demikian di majlis kenduri bersama penduduk anjuran bersama Sinar di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi, tengahari tadi. Pada majlis itu juga turut disampaikan Kad Kuasa Ketua-Ketua Kampung.

Seramai 16 orang Wartawan Sinar diketuai Editornya,Najwa binti Mohd Ghazali diraikan dalam majlis tersebut.

Turut bersama lebih 500 orang jemputan ialah Ketua Wartawan Sinar, Ahmad Nor Izzat bin Awang dan Editor Sukan, Shahrizal bin Ahmad Zaini.

Tidak dinafikan Media memainkan peranan penting dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat agar mereka faham akan tanggungjawab yang harus mereka lakukan dalam membantu membangunkan Negara.

Rombongan Wartawan Sinar tiba di DUN Kubu Gajah, petang semalam dengan disambut di majlis makan durian di Homestay Bagan Baharu.

Selepas ditempatkan di homestay berkenaan, rombongan tersebut dibawah untuk majlis makan malam bersama hampir 200 orang pelajar Sekolah Model Khas Redang Panjang yang kebetulan sedang menghadiri sesi perkhemahan di Pusat Perkelahan Lata Panggung, sebelum bersama-sama lebih 3,000 orang belia yang sedang menghadiri perhimpunan di Padang Majlis Daerah Kampung Mesjid, Ijok untuk satu persembahan.

Selepas sarapan pagi pagi tadi, mereka kemudian bertolak secara berkonvoi ke Tanah Perkuburan Tebing Tinggi untuk program bergotong royong membersih kawasan tanah perkuburan tersebut.

Mereka kemudian berjalan kaki untuk menyampai sumbangan kepada beberapa orang penduduk miskin dan uzur di sekitar Tebing Tinggi.

Selepas itu, mereka sempat meninjau tempat masak kenduri kampung untuk menyaksikan persiapan. Seekor lembu telah ditumbangkan bagi tujuan tersebut.

Mereka kemudian bersama penduduk telah menyertai Sukanika di padang Sekolah Kebangsaasn Tebing Tinggi.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai dengan penduduk yang hadir termasuk kanak-kanak.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,


Saya memohon supaya pemberita jangan suka mentafsir, mendengar berita dari pihak kedua dan jangan selalu membuat kesimpulan secara logikal untuk mencapai keharmonian insan di negara ini.

Sebagai contoh, jika kita lihat Barisan Nasional banyak mengeluarkan wang ringgit dalam pilihan raya janganlah kita anggap mereka korupsi. Ini bermakna kita telah mengunakan pengetahuan secara logik untuk membuat kesimpulan tanpa melihat dengan mata kasar sama ada mereka korupsi atau tidak.

Sekian .