Template by:
Free Blog Templates

5 July 2011

Sumbangan




















Rakyat di Negara ini seharusnya bersyukur kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil berat kebajikan mereka.

Tiadak ada mana-mana Kerajaan yang muah mengambil berat dan memberikan perhatian utama kepada menjaga kepentingan rakyat.

Ia selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, rakyat didahulukan dan penapaian diutamakan.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan bungkusan sumbangan Yayasan Bina Upaya (YBU) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di perkarangan Pusat Khidmat DUN,petang tadi.

Selain itu, Kerajaan BN juga mengutamakan keamaan dan kesejahteraan rakyat agar mereka dapat tinggal dengan lebih selesa dan mencari rezeki tanpa sebarang gangguan.

Justeru, apa juga tindalan yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat, Kerajaan BN tidak akan bertolak ansur.

Bahkan, soal menjaga keselamatan rakyat adalah merupakan piagam antara bangsa yang tidak harus dicerobohi oleh mana-mana pihak.

Tiada mana-mana Negara di Dunia yang mampu menerima budaya keganasan yang boleh merosakan keamanan sejagat.

Perhimpuna haram hanya merosakan perpaduan di Negara ini dan ia tidak akan diterima majoriti rakyat.

Saya juga menyampaikan sebuah komputer untuk kegunaan Pejabat Penghulu Mukim Ijok di majlis tersebut.

Turut hadir Penghulu Mukim, Ijok, Mohd Fauzi bin Ghazali, Pengerusi MIC Bahagian Larut, K.Thevarajudan Pengerusi PPP Bahagiagn Larut, Gobalan dan Ketua MCA Kubu Gajah, Loh Siew Seng.

0 comments: