Template by:
Free Blog Templates

18 July 2011

JKR






Kerja-Kerja penyelenggaraaan Jaan-Jalan Kamung dilaporkan tidak disebaik yang dilakukan di kawasan-kawasan bandar.

Ramai pengguna mengadu kepada Saya jalan-jalan yang dibaik pulih itu sering terdedah kepada bahaya kepada pengguna jalanraya.

Saya sendiri sering meninjau jalan-jalan yang telah, sedang dan akan dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) kubu Gajah bagi mempastikan kerja-kerja selanggaraan dibuat mengikut kehendak dan mutu yang ditetapkan.

Tengahari tadi, Saya sendiri melawat jalan yang rosak dan bahu tebing yang rebak dekat Kampung Bendang Luas di Kampung Mesjid, Ijok.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kampung Mesjid, Nor Azman Mokhtar yang begitu bimbang keselamatan pengguna jalan tersebut yang sering terdedah kepada kemalangan jika mereka tidak berhati-hati.

Begitupun, beliau berterima Kasih kepada Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah memperutukan wang bagi kerja-kerja peneyelanggaraan oleh sebuah Kontrektor tempatan dan dijangka siap dalam beberapa hari lagi.

Tedapat juga jalan di kawasan DUN Kubu Gajah berombak-ombak dan jika pengguna terutama mereka yang dari luar tidak berhati-hati, ia boleh menyebabkan kenderaan mereka terbabas.

Saya sendiri telah mengubunggi pihak JKR mengenai hal tersebut dan berharap mereka akan bertindak segera kerana akhir-akhir ini, sering berlaku hujan lebat.

0 comments: