Template by:
Free Blog Templates

18 July 2011

Jalan Berselut




Masih ada beberapa buah rumah lagi di Kampung Sungai Jernih di Ulu Ijok yang tidak mempunyai jalan tar.

Saya sendiri meninjau ke Kampung tersebut, selepas dimaklumkan oleh seorang penduduk, Syed Abdul Mutalb bin Syed Abdul Rahman.

Syed Abdul Mutalib yang lebih dikenali sebagai Pak Tam Dollah memberitahu hal tersebut sewaktu saya singgah di Pekan Kampung Mesjid, Ijok, tengahari tadi.

Jalan ke rumah beliau itu sering berselut jika berlaku hujan lebat dan pada masa ini belum ada jalan tar yang telah dibina di situ.

Saya juga telah memaklumkan mengenai tinjuan tersebut kepada Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamauddin Mat Isa.

0 comments: