Template by:
Free Blog Templates

1 June 2013

Sukan


Masyarakat digesa agar tidak memandang aktiviti sukan sebagai remeh atau suka-suka, sebaliknya terlibat secara serius.

Sukan boleh memupuk semangat perpaduan kaum, selain membantu meningkatkan ekomi negara.

Demikian kata ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merarasmikan liga sukan belia parlimen Larut di Selama, pagi tadi.

Pegawai belia dan sukan daerah kecil, Izani Ismail dan penolongnya, Nasaruddin Mawi turut hadir.

Sebanyak 44 pasukan menyertai pertandingan futsal dan 12 pasukan dalam acara bolajaring di padang majlis daerah.






Katanya, liga sukan walaupun diadakan secara bersantai, tetapi masih mampu melahirkan bakat-bakat baru.

Mengenai kemerosotan sukan, beliau menyeru semua pihak berkerjasama dan elak daripada menunding jari diantara satu dengan yang lain.

0 comments: