Template by:
Free Blog Templates

23 October 2012

Dewan




Hasrat penduduk-penduduk Kampung Bukit Bertam memiliki sebuah bangunan Dewan baru akhirnya tercapai juga.






Peruntukan sebanyak RM 100,000  disediakan Kerajaan bagi membina dewan baru itu yang akan memberi kemudahan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk menggunakannya bagi mengadakan aktiviti kemasyarakatan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut meninjau tapak dewan tersebut bersama Ketua UMNO cawangan, Mohd Rashdi.








Pada masa yang sama, jalan berhampiran dengan tapak dewan itu akan dilebarkan bagi membolehkan ruang yang agak luas untuk pembinaan dewan tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

Pembangunan dilaksanakan di kawasan yang ramai penduduk.

Tapi tidak melihat kenapa sesetengah kampung penghuninya meninggalkan kampung tersebut.

Kerajaan tidak berapa peduli di kampung2 di mana penghuninya berhijrah ke bandar.

Kalau kerajaan membangunkan kampung yang ditinggalkan ini (berdasarkan sejarah) sudah tentu penghuninya akan balik ke kampung tersebut.

Sebagai contoh kampung YMDS, penghuninya berhijrah ke Pulau Pinang, Taiping, Ipoh, Matang Gerdu, dan Kuala Lumpur.

Mereka ini ramai yang mahu balik ke kampung tapi mereka lihat kampung mereka macam di sambar geruda dan menakutkan. Siapa yang nak balik?

Bila ada orang bela ayam orang luar yang membantah. Tapi kalau kita perhatikan betul2 tempat bela ayam tersebut ialah tempat sarang ular sawa dan tedung.

Mana lebih baik ULAR daripada AYAM cuba tanya orang yang duduk di tanah auntie (tanah Pak Haji Dollah, Megat Akhiruddin) YMDS.

Anonymous said...

Alangkah baiknya jika tanah YMDS di Kampung Tengah Tebing Tinggi dibina dengan homestay sebelum pilihan raya supaya kampung tersebut nampak lebih ceria dan tidak kelihatan seperti tanah tebiar.

Kalau YMDS lihat homestay Pak Ngah Mat Gua Petai jalan ke Rantau Panjang dikelilingi dengan 6 kolam ikan dan kelapa sawit.

Tanah YMDS boleh juga dibina sedemikian rupa untuk merancakkan pembangunan.

Di Ipoh, Lim Kiat Siang tak suka kita duduk di situ. Begitu juga di Batu Gajah MPnya saya lihat tidak menaykinkan orang Melayu berasa seronok hidup di sana.

Anonymous said...

Pelajar LMS ada yang mengikuti kursus EVENT MANAGEMENT dalam ijazah hospitaliti dan pelancongan.

UMNO LMS hendaklah menyediakan data base tentang penuntut ini supaya dewan tidak jadi indah kahabar dari rupa.

Jadikan mereka penasihat atau menjadi JK pengurusan dewan supaya ia tidak jadi macam gajah putih.

Inilah yang saya maksudkan pencapaian didahulukan. Tapi UMNO tiada data base yang lengkap menyebabkan orang yang sama dipanggil untuk semua aktiviti atau pun dijadikan wakil pertubuhan.

Saya ada kawan serumah di Selama. Beliu mewakili ahli lembaga 7 pertubuhan dan satu pun tak berkembang maju mengatasi pertubuhan yang berhampiran seperti Batu Kurau, Selama Kedah dll. Mana ketaunya tahu kerana masanya banyak buat kontrek.

Tapi beliau adalah kawan karib saya.

Kalau UMNO ada data base ramai lagi kawan saya yang boleh membangunkan pertubuhan2 tersebut. Mereka juga orang UMNO tapi tak kaki bodek.

Kita susah hendak membangun kalau kita pilih pengurusan pertubuhan diwakili oleh kumpulan kaki bodek dan asyik jalan sana dan jalan sini mengalah PM. Saya rasa orang yang ada kerja janganlah pilih menjadi wakil rakyat kecuali ia mahu berhenti.