Template by:
Free Blog Templates

20 October 2012

Dadah


Pejabat tanah daerah Kerian diminta agar mengeluarkan segera hak milik tapak rumah 66 orang peneroka rancangan tanah belia khas (RTBK) pondok Tanjung.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata beliau sendiri akan menghubunggi pihak berkenaan bagi selesaikan masalah tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen kesedaran dadah anjuran agensi anti dadah kebangsaan (ADK) di RTBK, tengahari tadi.

Turut hadir pegawai ADK daerah, Suhaimi Yank, penghulu Selama, Mohd ARidzuan dan ketua kampung RTBK, Ismail Hashim di program selama dua hari itu.






Mereka yang belum menerima hak milik itu merupakan peneroka RTBK peringkat kedua.

Lebih 70 orang peneroka awal telahpun mendapat hak milik tapak rumah mereka.

RTBK dibuka kita-kira 40 tahun yang lalu dengan keluasan tanah kira-kira 2,000 ekar yang ditanam dengan sawit.









Mengenai dadah, beliau berharap tanggungjawab membanterasnya diserah bulat-bulat kepada kerajaan sedangkan peranan orang ramai juga penting, terutama dalam memberi maklumat.

1 comments:

Anonymous said...

Kerajaan janganlah jadi bodoh mengeluarkan hak milik kepada spekualtors (cari untung)

Saya harap hanya mereka yang telah membena rumah kekal di tapak kurnia diberikan hak milik supaya tempat tersebut cepat membangun. Jangan jadi kampung tersusun di Kubu Gajah dll.

Kalau semua bina rumah sudah tentu pembangunan pekan kecil akan berlaku di kawasan kampung tersusun. Nampaklah kemajuannya.