Template by:
Free Blog Templates

20 October 2012

Sukan KEMAS


Ibubapa dan penjaga yang menghantar anak ke tadika KEMAS disarankan turut memberikan sumbangan untuk aktiviti pelajar.






Akan tetapi, setiap sumbangan atau kutipan dana yang dikumpul oleh jawatankuasa tadika hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat bagi mengelakkan timbul rasa curiga.

Ketua UMNO bahagian Larut, datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berucap merasmikan sukan tahunan enam buah tadika KEMAS di padang majlis perbandaran Jelai, pagi tadi.









Turut hadir pegawai KEMAS daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan, penyelia kanan KEMAS parlimen Larut, Nordin Abu Hassan, penilong pegawai belia dan sukan daerah, Nasruddin Mawi dan pemangku ketua kampung Jelai, Mohd Isa Taha diprogram tadika KEMAS peringkat Batu Kurau.

Beliau berkata tidak dinafikan tadika KEMAS eujud untuk menyedia pra sekolah, tetapi tanggungjawab dan peranan ibubapa tetap ada.

Aktiviti KEMAS bergantung banyak kepada sumbangan pihak-pihak tertentu dan individu, tetapi komitmen yang lebih utama adlaah ibubapa kerana murid-murid merupakan anak mereka.












Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah berharap menjadi tanggungjawab ibubapa dalam membantu kemajuan tadika KEMAS.













Seramai 300 orang murid mengambil bahagian dalam sukan tersebut dengan tadika Repoh muncul juara keseluruhan.

1 comments:

Anonymous said...

Gaji guru kemas sudah naik. Saya harap mereka mestilah work smart. Kalau harap makan gaji sahaja kita akan ketinggalan ke belakang.

Kalau boleh guru kemas hendaklah dimotivaskan dengan pengetahuan
EBSI Kiyosaki Cashflow Quadrant supaya mereka dapat menjadi pengarah syarikat2 seperti GLC seperti FGV, ASTRO dll.

Dalam kajian saya ramai pengarah syarikat bukanlah pandai sangat tapi mereka mengamalkan konsep Quadrant EBSI.

Hanya orang Atasan sahaja yang mengamalkan konsep ini. Harap guru kemas kalau nak naik jadi seperti anak mantan PM kita, guru kemas hendaklah faham tentang konsep EBSI dan cuba amalkan.

Harap YMDS motivasikanlah mereka dengan konsep EBSI