Template by:
Free Blog Templates

15 April 2008

Pembatalan PLPT tidak bermakna latihan atlit terjejas

Berikut adalah tulisan saya di dalam kolum Pro & Kontra yang disiarkan oleh Berita Harian pada 14 April 2008 :

SAYA tertarik dengan keprihatinan Menteri Belia danSukan yang baru, Datuk Ismail Sabri Yaakob terhadapsuara rakyat apabila menegaskan kementerian tidak akan meneruskan projek pembinaan Pusat Latihan PrestasiTinggi (PLPT) di Brickendonbury, London. Saya percaya keputusan membatalkan hasrat awal kementerian berkenaan dibuat selepas mendengar pandangan semua pihak dan ia pastinya melegakan ramaiyang menganggap program latihan di Pusat PenyelidikanTun Abdul Razak (TARCC) itu sebagai kurang praktikal.

Kebetulan ketika pengumuman dibuat, saya mengadakan kunjungan hormat kepada Ismail Sabri yang mengesahkan keputusan pembatalan hasrat itu dipersetujui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yangjuga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet MengenaiPembangunan Sukan.

Pusat yang sebelumnya dirancang KBS dengan harga hampir RM500 juta sebagai pusat latihan dan persiapan atlit bagi menghadapi Sukan Olimpik 2012 di London itu pernah mendapat reaksi berbeza banyak pihak, termasuk perdebatan panas di Dewan Rakyat dan Ismail Sabri adalah antara anggota Parlimen yang turut berbahas mengenainya. Saya bersetuju beliau tidak perlu meneruskan rayuan selepas Majlis Jawatankuasa Kawalan Pembangunan Timur Herts sendiri menolak permohonan menaik taraf TARCCitu kepada PLPT.

Saya pernah melawat pusat milik Lembaga Getah Malaysia itu yang terletak di kawasan seluas 6.475hektar (16 ekar) di perkampungan Hertfortshire, di utara London, kira-kira 24 kilometer dari tapak perkampungan Sukan Olimpik London 2012. Hakikatnya, sekalipun pembatalan dibuat, latihan untuk persiapan temasya terbesar itu masih boleh diteruskan di tempat yang bersesuaian, malah sukan teras seperti badminton boleh dilakukan di China yang menjadi gergasi sukan itu, gimnastik pula di Russia dan Romania, renang di Australia, tinju di Cuba, olahraga di Carribean atau tempat lain.

Diakui, latihan jangka panjang di bawah kepakaran luar membawa kejayaan atlit negara seperti Nicol David di Belanda, Ng Shu Wai (China), Josiah Ng (Switzerland, Amerika Syarikat dan Australia), Noraseela Khalid (Jerman) dan Lim Keng Liat (AmerikaSyarikat). Sebenarnya, KBS boleh berusaha membuat rayuan dan permohonan baru kepada jawatankuasa itu tetapi jelas kerajaan prihatin dengan desakan rakyat dan pengumuman pada mesyuarat pasca-kabinet KBS minggu lalu itu, pasti menggembirakan banyak pihak.

Pembatalan projek itu menggambarkan bahawa apa yang dirancangkan, tidak semestinya diteruskan jika rakyatberpendapat ia tidak wajar. Diharapkan juga, tiada lagi pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan atas pembatalan PLPT di Brickendonbury itu terutama ketika tumpuan sepatutnya diberikan terhadap persiapan atlit negara ke SukanOlimpik Beijing yang tinggal kira-kira empat bulan lagi.

3 comments:

Zam said...

Bagus la dah dengar cakap rakyat..

Zool Blogger said...

Saya amat2 bersetuju dengan pembatalan PLPT.
Ini kerana atlit-atlit kita sebenarnya perlu dididik dengan disiplin dari segi pemakanan dan latihan,...
Pada pendapat negara kita mempunyai fasiliti yang mencukupi.. Dan latihan di luar negara lebih bersesuaian berbanding membuat kompleks di tempat luar yang sudah pasti menyebabkan lebih banyak pengeluaran duit ke negara luar..
Sedangkan hasilnya belum tentu berjaya.. Syabas dengan pembatalan tersebut.. Mungkin tanah tersebut lebih elok disewakan kepada pihak di sana

Zool
http://www.ligakampung.com/blog

rizal hashim said...

Salam Engku,

saya adalah antara yang paling lantang membangkang projek ini ketika saya di Malay Mail. Apabila kami kecoh memprotes idea itu, baru lah The Sun dengan R Nadeswaran turut menyertai kempen kami.


Malangnya Menteri terdahulu dengan sombong dan bongkak meneruskan projek ini. Saya juga berbincang dengan Engku tapi saya tahu siapa MP yang terlebih dahulu membangkitkan perkara ini dan dia bukanlah MP BN.

Salam.