Template by:
Free Blog Templates

19 April 2008

Mat Tailor popular di kalangan VIP

Sebut sahaja nama Mat Tailor, sudah pasti orang-orang di daerah Larut akan mengagumi kehebatannya sebagai seorang tukang jahit.

Oleh kerana kehebatannya itu, Mat Tailor yang berniaga di Bazar Larut menjadi tumpuan bukan sahaja kalangan orang tempatan tetapi VIP negara turut menyarung pakaian hasil jahitan Mat Tailor.
Antaranya ialah bekas Perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Tajol Rosli, bekas Menteri Besar Slangor, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan juga Menteri Besar Perak sekarang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Pada musim perayaan, terutamannya Hari raya Aidilfitri, Mat Tailor tidak menang tangan menerima tempahan.

Kehebatannya bukan sekadar membuat baju Melayu dan kemeja biasa serta kot tetapi pakaian rasmi 'No 1 Dress' pun mampu dijahit olehnya. Kebanyakkan anggota exco dan ADUN Perak menjadi pelanggan setia Mat tailor.

Apa yang lebih membanggakan saya ialah walaupuan Mat Tailor telah menjadi tumpuan, tetapi beliau tetap berkelana di bazar tersebut.

1 comments:

KULAAN Bersurah said...

Saya baru bukan blog YB nii,,, saya pun pening dengan konsep hal tuju yang hendak dibawa oleh YB nii, macam macam ada.... kalau boleh tu tumpukan tentang pembangunan, masalah penduduk dan rakyat... sebab itu yang rakyat dun kubu gajah inginkan selama ini...