Berat mata memandang berat lagi bahu memikul…. Itulah gambaran yang dapat saya berikan terhadap nasib seorang insan yang begitu cekal dalam mengharungi kehidupannya.
Madrazhid Isa, 46 tahun adalah insan istimewa yang dikurniakan Allah fizikal yang berbeza dengan manusia lain. Namun walaupun dalam keadaan serba kekurangan, beliau tidak sedikit pun menyerahkan hidupnya kepada suratan takdir semata.
Walaupun pernah melalui zaman berumahtangga danj kini membesarkan anak tunggalnya seorang diri, beliau tabah dan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya sebagai mungkin.
Baru-baru ini saya melawat beliau yang terlantar sakit sejak selepas pilihan raya yang lalu.
Saya kagum dan bangga dengan semangat yang ditunjukkan kerana beliau balik ke Kubu Gajah sebelum pilihan raya hanya semata-mata untuk sama-sama berkhidmat dan menyumbang baktinya semasa tempoh kemepn dan proses pilihan raya berlangsung.Selepas pilihan raya selesai beliau jatuh sakit dan kini terlantar di rumah ibunya di Bagan Bharu.
Mungkin ada yang perasan dengan beliau. Pernah menjadi pelakon dalam beberapa filem arahan A.R. Badul dan menjadi salah seorang ahli kumpulan lawak bersama Allahyarham Amran Tompel dan Param.
Saya doakan agar beliau kembali sembuh dan berharap masyarakat sama-sama menghulurkan bantuan serta sokongan kepada beliau agar dapat menjalani kehidupan seperti semula. Saya juga teloah meminta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu beliau khususnya bantuan kewangan bulanan yang kini sedang dalam proses jabatan berkenaan.

8 comments:
salam...
bagus juga datuk buat lawatan dan kalau boleh semua yang bergelar YB perlu turun padang melihat 'rumput-rumput dan belalang'...
ramai perlu kan pembelaan...saya mengambil contoh di kelantan... ibu saudara saya ibu tunggal. dia tidak pernah mendapat apa2 bantuan daripada kerajaan pusat (daripada agihan bantuan) sedangkan yang kaya raya dan keluarga yang anak mereka semua senang linang dapat bantuan....
ini kerana tiada turun padang dilakukan oleh orang atasan..dok main tabur aje duit... dan sebab itulah BN masih gagal ambil kelantan...
renungkan
“Tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan ) kebajikan dan taqwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.”
salam YB Dato,
1st saya nk ucap tahniah sebab ada blog sendiri.
setiap posting juga menarik dan memperlihatkan Dato sebgi pemimpin yang berjiwa rakyat. teruskan usaha murni itu di samping itu setiap hari kita perlu perbetulkan niat.
Saya syorkan YB Dato' membaca Sirah kepimpinan Rasul SAW dan para Sahabat ra.
Semoga org Melayu terus mempunyai pemimpin yg jujur, telus dan berkarisma.
"berkongsi apa sahaja"
http://fauzisabri.blogspot.com
dato' saya ada tengok dalam rtm...hemsen dato bukan main muda....
saya harap idea dato pun muda...lawan kat parlimen...kalau dato ada cerita nak tulis...masuk lah kat website saya... panas..mungkin website dato tak sesuai untuk benda-benda panas ...nanti meletup atau terbakar pulak..
saya ada banyak cerita dan berita tentang pembangkang dan kerajaan...
http://malaysialoni.blogspot.com
bagus juga buat blog ni. kenapa part maklumat diri tak lengkap...?
Assalamu'alaikum YB Dato'
Mungkin ada lagi di luar sana insan yang serba daif dan lemah. Mungkin ada yang tidak mampu membayar bayaran tambahan persekolahan anak-anak; anak-anak yang ke sekolah tanpa sarapan dan wang saku; masalah kekurangan zat makanan; janda; golongan cacat yang perlukan alat sokongan; yang masih belum memiliki walau sekeping tanah rumah atau tanah pertanian; rumah yang serba uzur dan sebagainya. Mudah-mudahan YB Dato' dapat mengesannya lalu memikirkan langkah-langkah wajar untuk membantu. Tahniah dan terima kasih.
Salam Dato',
apa kata dalam blog entry akan datang Dato' kupas juga isu-isu nasional selain isu tempatan? :)
Alhamdulillah, terima kasih Dato' di atas keprihatinan terhadap rakyat jelata. Harapan kami, semoga perkara ini diteruskan dan lebih ramai rakyat jelata yang kesusahan sebegini dibantu hendaknya
Post a Comment