Template by:
Free Blog Templates

2 April 2013

PDM


Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berpuashati dengan jentera Parti di semua 46 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Parlimen Larut sudah bersedia menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.
Walaupun, ada PDM yang menghadapi masalah tempat, tetapi akhirnya mereka dapat menyelesaikannya dengan lancar.
Beliau berkata demikian selepas melawat bilik gerakan Barisan Nasional (BN) PDM Batu 20 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, hari ini.
Turut hadir Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun dan Ketua Wanita cawangan, Zainab Awang.














Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah bekerja keras bagi mempastikan jentera parti kuat dan bersedia menghadapi bahang kempen PRU pada bilia-bila masa.

Beliau juga menyeru agar perpaduan parti diperingkatkan dan menggingatkan risiko yang dhadapi mereka jika berlalu perpecahan.
Beliau juga menyeru ahli-ahli agar gusar dengan dakyah yang disebarkan pembangkang bagi menggelakan berlaku perpecahan.

0 comments: