Template by:
Free Blog Templates

10 February 2012

Pembangunan






















Program pembangunan harus diperluaskan ke kawasan-kawasan luarbandar dan tidak hanya tertumpu ke kawasan tertentu umpamanya lembah Kinta.

Saya tertarik dengan saranan menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa tanggapan bahawa bila sebut saja kemajuan di Perak,ia tidak bermakna hanya di sekitar Ipoh.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian BR1M peringkat dewan negeri (DUN) Kubu Gajah di Tebing Tinggi, pagi tadi.

Turut hadir penghulu Mukim Selama, Mohd Ridzuan Bin Baharuddin,pegawai KEMAS daerah Larut Matang dan Selama, Faridah Sailan dan ketua-ketua kampung.

Seramai 342 orang menerima BR1M itu yang berlangsung di dewan serbaguna Tebing Tinggi.

DUN seperti Kubu Gajah juga memerlukan program pembangunan bagi meningkatkan sosio ekonomi penduduk.

Saya telah mencadangkan pembukaan sebuah kampus universiti di tanah pusat ternakan veterina berdekatan rancangan tanah belia khas (RTBK) Pondok tanjung.

Tanah seluas 3000 ekar itu kini menjadi pusat pembiakan kambing bore negara yang juga termasuk pembangunan koridor utara.

Program sedemikian mampu menjana pertumbuhan ekonomi luarbandar.

4 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bila kita baca Perak Today banyak pembangunan dilaksanakan di Lembah Kinta. Tapi cukai komoditi dan perusahaan kelapa sawit, getah dan hutan banyak yang dapat dari kawasan seperti Pondok Tanjung dan LMS.

Kita tiada masalah pembangunan di kawasan Ipoh. Tapi yang kami kecil hati ialah kawasan DAP diutamakan dan kawasan UMNO diperkecil-kecilkan. Macam mana orang nak undi UMNO.

Patut sama2lah membangun. Yang saya takut ramai orang UMNO pangkah pembangkang kerana mereka lihat kawasan Kinta lebih Maju daripada kawasan UMNO/LMS.

Kalau nak tarik pelancong pun Bukit Merah dan Pangkor sudah terkenal di dunia. Perbesarkan lagi P. Pangkor dan Bukit Merah (orang putih tak mahu ke Ipoh. YMDS tanyalah orang putih kalau tidak percaya. Royal Blum sangat disukai orang putih, bukan Ipoh) supaya ia lebih terkenal di dunia ketiga dan Timor Tengah. Begitu juga Bukit Larut. Bila nak buat cable di Bukit Larut?

Anonymous said...

YMDS,

Kebanyakan universiti/kolej dibina tidak melihat ekologi kawasan yang ia di bina.

Institut seperti vertinar, perhutanan,MPOB, RISDA, Ikan Air Tawar. Perindustian Kayu Kayan, kilang tayar dan hasil minyak sawit boleh dibina di LMS tapi kita dan Dato Hamzah munkin asyik berpolitik.

Ramai oarng silap faham kolej RISDA tidak sesuai ditubuhkan di LMS kerana sudah ada di Kuala Kangsar.

Yang di Kuala Kangsar ( untuk pengajian kemahiran asas) itu tidak sama dengan yang ada seperti di Alor Gajah (pengajian profesional). Saya takut ada pihak yang mesabotaj kerana latihan RISDA sudah ada di Kuala Kangsar.

Saya berdoa jika YMDS pencen nanti YMDS jadilah pengurusi RISDA supaya kolej RISDA dapat direalisasikan. Lagi pun Tan Sri Rahim sudah buat salah Eloklah orang LMS jadi Pengurusi RISDA. YMDS ketengahkanlah nama2 mereka seperti Dr. Ashar Azni bin Harmain (Kubu Gajah)sekarang bertugas sebagai pensyarah Agro di Unisel. Beliau pernah menoreh getah, tidak seperti Tan Sri Rahim yang tidak pernah menoreh getah dan tidak lulus PHD dalam pertanian. Bagaimana beliau hendak tahu tentang RISDA. Saya masih memuji mantan PM yang mengutamakan cemerlang, gemilang dan terbilang. Jadi yang saya cadangkan Dr. Ashar lebih gemilang, cemerlang dan terbilang dari Tan Sri Rahim dari segi hal ehwal pokok getah. Malulah kita jika penoreh tidak maju.

Anonymous said...

YMDS,

Kalau kita harapkan kerajaan sahaja yang dapat membantu pertumbuhan ekonomi LMS kita sudah pun mengikut jejak YB yang lepas2.

YB2 masa akan datang hendaklah berupaya meransang pembangunan bedasarkan FDI dan DDI.

LMS patut melihat pembangunan yang boleh dibantu DDI (pelabur tempatan).

YMDS bukan sahaja sepatutnya ada senarai nama2 orang yang terbilang, cemerlang dan gemilang di LMS/ Kubu Gajah, tapi senarai mereka yang terkaya di kawasn ADUN Kubu Gajah untuk membantu pertumbuhan ekonomi di KG.

Ada 17 estet di kawasan kita. Tentunya pengurusnya kreatif. Begitu juga ada lebih 30 individu yang mempunyai lebih 300 ekar tanah di LMS. Apa yang boleh kita buat dengan mereka. Sepatutnya YB Selama dapat menerajui kumpulan ini kerana tanahnya amat luas di Sungai Dendang. Begitu juga Sinaran Brothers.

Nama mereka yang terbilang, gemilang dan cemerlang di LMS hendaklah dihantar ke Jabatan MB kerana mereka ini yang dapat membantu pembangunan LMS. Kita asik memilih nama2 seperti keluarga Megat Khas atau MB yang sudah2. Saya lihat mereka agak slow dan mencadangkan untuk membangunkan Ipoh sahaja dan meninggalkan Hulu Perak

Anonymous said...

YMDS,

Saya melihat rancangan pembangunan Federal lebih banyak di Selangor dan Pulau Pinang (tempat parti Pembangkang). Di Perak juga kerajaan Perak asyik membangunkan tempat pembangkang.

Kalau YMDS membaca sejarah kerajaan (Kesultanan) Melayu di Indonesia (terutama sekali di Sumatra) habis ranap kerana orang Jawa cemburu dengan kerajaan Melayu di mana bangsawannya sangat kaya. Mereka dapat sokongan orang Batak (terutama sekali Siregar) atas tiket kemiskinan dan menamakan mereka parti komunis.

Padahal mereka mahu meranapkan kerajaan Melayu di Sumatra Timor termasuklah Labuhan Batu (juga Melayu dilek Bilah dan Melayu (dilek) Kualuh)

Sutikno pula hendauk meranapkan kerajasan Melayeu Melaka/NS (Malaya)sesudah beberapa lama dari peristiwa ini.

Sekarang pun mereka masih cemburu ke Malaysia sebab cerita lama.

Yang kita takut politik kita pun jadi begitu jika kita asyik menumpukan pembangunan di tempat tertentu sahaja.

Ini hanya teori. Tak boleh percaya sangat kerana saya bukan pakar sejarah.

Keturunan YMDS habis di panggal lehernya (3.1946) kerana negeri tersebut jauh dari Medan tidak dapat bantuan Belanda.

Mereka mempolitikkan suasana atas nama komunis tapi orang Jawa yang hendak menghapuskan kerajaan Melayu kerana Melayu lebih kaya dari mereka.

Cerita sejarah Melayu ini sangat panjang. Negara Melayu ialah Gugugusan Pulau2 Melayu. Pada zaman itu perkataan Indonesia tidak timbul. Orang Jawa menukarkan Melayu ke Indonesia.