Template by:
Free Blog Templates

6 February 2012

MB

















Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam lawatan sehari ke Batu Kurau menghabiskan masa melawat beberapa rumah yang uzur.

Dr Zambry amat bersimpati dengan keluarga yang beliau lawati di kampung Becah dan Batu 14.

Beliau juga menyampaikan BR1M kepada 10 orang penerima di anak Kurau sebelum menghadiri jamuan rakyat.

Menteri Besar kemudian berjalan kaki sekitar projek arena square di pekan Batu Kurau.

Perdana Menteri, Daruk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika melawat Felda, Ijok baru ini telah meluluskan RM 2.5 juta untuk projek tersebut.

Turut mengiringgi menteri besar ialah ahli dewan undangan negeri (ADUN) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang juga ketua UMNO bahagian Larut, ahli perlimen larut,Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Timbalan Menteri, Adun Batu Kurau, Datuk Kapt. Najmudin Elias dan yang dipertua majlis Perbamdaranan Taiping (MPT), Sharom Datuk Malik.

Dr Zambry turut melawat gerai-gerai buah-buahan di pekan Batu Kurau yang melibatkan perniaga bumiputra.

Menteri Besar selepas singgah berihat di sebuah rumah seorang penduduk di Batu Kurau kemudian menghadiri mesyuarat BN Larut.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bila saya melihat Batu Kurau saya teringat dengan Gua Musang, Seratok(Sarawak), Inanam (Sabah) dll.

3 bandar ini di buka serentak tapi cuba YMDS bandingkan kemajuannya?

Yang pentingnya kita lihat yang mana lebih pandai, MB kita MB Kelantan atau Ketua Menteri Sabah dan Sarawak?

Saya masih berfikir kita masih kuat berpolitik tanpa kemajuan.

Anonymous said...

YMDS,

Bila MB datang tempat kita ingatkan beliau tentang lebuh raya Jelapang-Selama dan kajian hendak membina lapangan terbang di Briah.

Beliau pernah ke US sudah tentu beliau telah melihat lapangan terbang di Florida di bina di kawasan yang lebih dalam (paya) dari Briah.

Bila kita lawat luar negeri kita mesti ambil contoh untuk dijadikan tauladan. Makan angin pun bolehlah tapi jangan terlampau banyak danti perut buncit.

Anonymous said...

YMDS,

AMANJAYA bertujuan untuk memjukan 5 kawasan.

Saya lihat Manjung dan Lembah Kinta sudah maju.

Saya juga hairan Hulu Perak tidak begitu maju walaupun 2 MB kita pernah datang dari sana.

Saya takut MB kita yang sekarang ini asyik memjukan tempat DAP dan lupa tempat sendiri seperti 2 MB kita yang dulu

lEMBAH BRIAH PULA BAGAIMANA?

Kenapa beliau tidak mahu memajukan Pulau Pangkor yang sudah terkenal di dunia kerana mempunyai hotel resort nombor satu di dunia.

Kalau beliau bangunkan P. Pangkor lebih baik dari Lembah Kinta kerana ia boleh mengatasi Langkawi dan Pulau Pinang.

Saya lihat kadang2 MB kita macam 'mabuk'/latah, tak tentu arah. Kubu Gajah belum naik taraf beliau sudah hendak bangunkan yang lain. Kajian lapangan terbang Briah belum siap beliau sudah meningkatkan taraf lapangan terbang Ipoh. Ladang kambing P. Tanjung hanya ada kemajuan tentang kosmatiknya sudah beliau cadangkan banyak perkara lain seperti pembangunan menyeluruh.

Pembangunan yang paling menyeluruh ialah lebuhraya Jelapang-Selama kerana hampir merentasi negeri Perak. Yang lain kurang menyeluruh seperti lebuhraya ini.