Template by:
Free Blog Templates

2 February 2012

Bahagian





Jentera Parti semua peringkat dalam UMNO Bahagian Larut diingatkan agar mengutamakan program kearah mewujudkan perpaduan.

Perpaduan penting bagi mempastikan kekuatan parti menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 tidak lama lagi.

Ketua dan ahli Jawatankuasa cawangan digesa supaya mengenal pasti sebarang kelamahan yang boleh menjejaskan kekuatan jentera parti menjelang PRU.

Saya berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankusa UMNO Bahagian di bilik Gerakan UMNO Bahagian di Selama, petang tadi.

Di mesyuarat itu, Saya turut memberikan taklimat mengenai isu dan politik semasa termasuk penyerahakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia di peringkat Parlimen Larut.

Bagi mereka yang permohoanan ditolak diminta agar segera membuat rayuan untuk tindakan selanjutnya.

Ketua-Ketua UMNO Cawangan dan Ketua Kampung diminta membantu dalam memproses rayuan tersebut dan menjelaskan kepada mereka yang terbabit mengenai keadaan sebenar bagi menggelakan sebarang kekecewaan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Isu yang dibangkitkan D S. Dr. Mahathir ialah memilih wakil rakyat yang berpotensi untuk menjadi MB bagi dewan undangan dan PM bagi parlimen.