Template by:
Free Blog Templates

16 February 2012

KEMAS


















KEMAS digesa agar membantu memantau perlaksanaan program disetiap kawasan.


Cara itu akan membantu melaksanakan projak pembangunan mengikut jadual dan mendatangkan faedah kepada masyarakat.

Saya berkata demikian di majlis pertandingan aktiviti wanita anjuran KEMAS di dewan KEMAS di Redang panjang,petang tadi.

KEMAS sebagai agen Kerajaan amatlah penting dalam konteks mendekatkan masyarakat dengan Kerajaan.

Sementara itu,KEMAS diharap memperluaskan aktiviti mereka ke seluruh negara dan memperbanyakkan lagi pusat dan kelas-kelas tempat belajar.

Dengan memperluaskan lagi aktiviti KEMAS,ia akan dapat membantu meningkatkan hasil produk masyarakat luarbandar.

Masyarakat luarbandar amat berbakat dan amat sayang jika bakat yang terpendam ini tidak dicungkil untuk diketengahkan.

Kita mahu produk masyarakat desa bukan sahaja berjaya di maju dan ditingkatkan,tetapi mempu menembusi pasaran antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, anggota KEMAS juga disarankan agar mereka juga bersedia mendalami ilmu pengetahuan.

4 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kita ada Kedai Malaysia Satu. Boleh tidak kita adakan KEDAI KEMAS Jahitan dan Restaurant di tiap2 kampung atau taman perumahan.
Jual nasi lemak pun sudahlah kerana saya perlukan 6 bungkus tiap2 hari.

Saya susah hendak makan kerana kedai mamak (hanya kari diutamakan)yang banyak, begitu juga hendak buat baju Melayu kena hantar 3 bulan sebelum raya.

Yang sedihnya kedai makan Melayu selalu kantoi kerana berita angin tentang santau terutama sekali di Kawasan Ijok. Bila jumpa mana2 bomoh Islam mereka katakan dari Ijok. Cuba siasat kerana malu juga saya mendengarnya. Malahan nama bossnya pun diberi tahu kepada saya. Saya tidak percaya. Kalau saya percaya, YMDS ke Ijok pun sudah rasa sakit2. Mereka ini buat dosa tapi bomoh USTAZ (sangat famous)yang menerangkan kepada saya. Sembahyang tak tinggal. Bila azan beliau tinggalkan semua pelanggan.

Anonymous said...

YMDS,

Bahagian Tabika/Tadika perlu juga diperkemaskan supaya anak kita belajar secara bermain, bukan macam dalam 'jail', kalau boleh ada taman dikeliling bangunan.

Sekian

Anonymous said...

YMDS,

Kalau YMDS ke Ipoh pada 18.2.12 boleh tidak YMDS recommend Tan Sri Jins Shamsuddin jadi calon di kampungnya. PAS menang kerana masukkan orang tua jadi calon sebab itu PAS popular. UMNO pula nak tukar strategi dengan tidak melihat populariti calon orang tua.

Selalu kita lupa bintang filem untuk menang. Sivaji menang di India. Ragen menang di US.

Winnable bagi saya ialah populariti.

Kalau boleh UMNO Perak pinjam Datuk Siti Norhaliza bertanding di Gopeng kerana saudara mara saya di Gopeng mahu Melayu calon di sana.

Payong Terjun ramai yang menang di Selama selapas Datuk Hussein. Apa salahnya letakkan Siti Norhaliza di Gopeng sebagai payung terjun kalau orang Pahang tak mahu kerana orang Pahang ini lain sedikit.

Saya nampak kalau mereka berdua dipilih jadi calon, UMNO tetap menang walaupun di kawasan Palanival.

Anonymous said...

YMDS,

Saya rasa MB kita tidak mahu ambil calon helikopter susahlah sedikit kalau hendak menang di 16 ADUN.

Helikopter yang bagus sekali ialah membawa calon selesa ke tempat yang tidak selesa atau kalah kalau MB masih sayangkan mereka seperti YMDS.

Manakala calon di tempat yang kalah dan tidak selesa helikopter yang sama hendaklah membawa mereka ke tempat yang selesa (fixed-deposit).

Berkorbanlah..

Lagi pun kita sudah rasa apa yang kita mahu. Walaupun kita kalah jawatan tertentu sudah menunggu.

Lagi satu Perak jangan ada 3 camp dan LMS jangan ada dua camp. Beritahu penyokong CV ketua camp, Berdasarkan CV mereka, beritahu penyokong pilihlah siapa mereka nak undi. Tak payahlah galakkan penyokong batu api penyokong.

BN hendaklah mengatasi isu kronisme jika hendak menang.
Pilihlah mengikut pencapaian diutamakan mulai hari ini jika BN hendak menang kerana rakyat tahu siapa kroni yang kita beri jawatan.

Kalau boleh pilih yang low profail tapi cemerlang, gemilang dan terbilang kerana saya lihat mereka ini lebih ikhlas. Yang high profail nampak seperti kaki ampu sahaja.

Bagi saya, personally, saya harapkan orang pencen jangan ambil bekerja semula kecuali kerja seperti dalam perubatan (amat kritikal) atau pun pegawai orang gila kerana anak saya 3 orang tak bekerja.

Kalau tempat teratas dikosongkan, yang bawah akan naik dan yang di bawah sekali akan kosong dan bolehlah anak saya bekerja di situ. Begitu juga anak cucu orang lain. Lagi pun kita mengelakkan tuduhan kroni.

Ada kawan saya dulu membankerapkan (tidak lagi tersenarai di Bursa Saham) satu syarikat tapi masih terpilih memegang jawatan dalam kerajaan.

Kalau begini keadaannya sudah tentu kerajaan hanya menolong kroni atau kumpulan elit sahaja.

Yang membezakan mereka (sebagai contoh)anak saya, kadang-kadang sedikit sahaja. Mereka yang diambil bekerja semula lulus dalam Ekonomi dan anak saya lulus Bio- tech dan komputer system tidak terpilih. Tapi yang bekerja semula hanya menjadi pengarah dan menghadiri kesyuarat saban hari tapi tidak nampak buat kerja yang profesional pun seperti bioteknologist atau system analyst.

Sekian