Template by:
Free Blog Templates

1 March 2012

Runtuh


















Kira-kira 40 orang penduduk disungai Dendang hilir di titi Ijok dalam dewan negeri (DUN) Kubu Gajah terputus perhubungan akibat dua buah titi kayu runtuh.

Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar melawat untuk meninjau tempat kejadian titi runtuh itu petang tadi.

Titi-titi tersebut runtuh dikatakan oleh penduduk-penduduk disebabkan sampah pelepah pokok kelapa sawit yang begitu banyak dibuang di sungai disitu dan tersangkut di titi-titi berkenaan.

Kebetulan pula hujan turun dengan lebat sejak beberapa hari yang lalu dan berlaku banjir besar di kampung tersebut hinggakan air deras menghayut segala sampah dalam Sungai Dendang.

Dua buah titi tersebut pula sudah agak lama dan uzur yang dibina sejak kampung sungai Dendang Hilir itu mula dibuka.

Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan (JKKK) telah diminta membuat siasatan pihak yang bertanggungjawab membuang pelepah pokok kelapa sawit berkenaan seberapa segera bagi diambil tindakan.

Kerugian dua buah titi yang runtuh pagi semalam itu lebih RM 100,000 dan merupakan satu-satunya perhubungan penduduk disitu untuk ke luar.

Buat sementara ini, penduduk-penduduk berkenaan terpaksa menggunakan perahu. Ia juga menjejaskan murid-murid ke sekolah.

Saya telah menghubunggi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk mendapatkan peruntukan segera bagi membina titi baru yang dianggarkan lebih RM 120,000 sebuah.

Terima kasih diucapkan kepada Menteri Besar diatas keperhatinan beliau yang telah membincangkan dengan pegawai kemajuan negeri mengenai hal tersebut.

Saya turut menyampaikan sumbangan kepada lapan keluarga yang terlibat.

Turut hadir ketua kampung Tebing Tinggi, Nor Azmi Bin Sarban dan ketua UMNO cawangan titi Ijok,Saat Yusop.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kawasan ini dikelilingi Malaya Estate.

Tak bolehkah Sime Darby (melalui perkhidmatan sosialnya) membantu membina jambatan ini.

Kalau nak cepat minta tolong Menteri Pertahanan. Kita takut beliau bertukar portfolio setelah PR 13, tak bolehlah lagi askarnya membina titi.

YMDS cuba melobi supaya beliau dapat menjadi Menteri Kewangan setelah PR 13. Timbalan kewangan sekarang ini macam nak membangunkan tempat DAP/PKR sahaja.

Bila lagi hendak bangunkan kawasan UMNO yang bukan di kawasan Lembah Kinta.