Template by:
Free Blog Templates

9 March 2012

Titi









Titi kelian gunung di Ulu Ijok yang rosak akibat tebing sungai jerlus, siap dibaiki.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar petang tadi melawat untuk meninjau projek tersebut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin telah memohon peruntukan rm 20,000 daripada tabung bencana alam daerah Larut, Matang dan Selama bagi memperbaiki titi tersebut semasa melawat ketika ia runtuh baru-baru ini.

Titi tersebut merupakan laluan dan perhubungan utama di Kelian Gunung dan kini tidak lagi membimbangkan penduduk.

Turut hadir ketua kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa dan ketua UMNO cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Husein.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bila YMDS hendak membina sesuatu supaya menjadi mercu tanda kawasan ADUN Kubu Gajah?

Dan bila pula nak buat projek yang menguntungkan semua? Maksud saya bukan yang bercorak reaktif sahaja.

Rumah YMDS bina di tanah YMDS macam seperti rumah proxi sahaja dan macam melepaskan batuk ditangga. Ala kadar.

Diharap semua YMDS rancangkan di situ disiapkan sebelum PR 13 supaya kawasan tersebut menjadi berwarna warni dan terang menerang. Maksud saya tidak menakutkan bila lalu di situ.