Template by:
Free Blog Templates

21 March 2012

Masyarakat
















Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) digesa memantau dan membuat laporan keatas perlaksanaan projek di tempat mereka.

Ahli dewan undanan negeri (ADUN) kawasan Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata ia bagi memastikan perlaksanaan projek berjalan lancar dan mengikut jadual.

JKKK juga harus dimaklumkan senarai projek yang akan datang dan sedang dilaksanakan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian ketika merasmikan program bersama pemimpin di kampung Changkat Perah dekat batu Kurau, pagi tadi.

Turut hadir ketua kampung Changkat Perah, Haniff Haji Ahmad, ketua UMNO cawangan changkat Perah, Mohd Daud Napi dan wakil-wakil jabatan dalam daerah Larut, Matang dan Selama.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ketua UMNO bahagian Larut menegur JKKK yang tidak berfungsi.

Mereka yang dilantik mempunyai peranan penting dan bertanggungjawab kepada rakyat dan masyarakat dan harus mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masalah kampung.

JKKK adalah agensi terpenting yang menjadi penghubung masyarakat kampung dengan Kerajaan dan pentadbirammya.

Di perjumpaan yang dihadiri seramai 300 orang itu turut dibangkitkan pelbagai masalah termasuk sungai,jalan kampung dan bantuan rumah.

Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari dan penyampaian hadiah.

0 comments: