Template by:
Free Blog Templates

30 March 2012

Sungai






Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berharap, Kerja-kerja mengorek dan mendalami Sungai Teras dekat Ijok yang sedang dijalankan dapat membantu menggelakan kejadian banjir.

Beliau melawat kerja-kerja mendalami sungai tersebut yang bermula kelmarin dan mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) kerana mengeluarkan peruntukan bagi mengorek dan mendalam sungai tersebut.

Sebelum ini, beliau telah membuat beberapa kali teguran diatas masalah banjir dan pencemaran sungai Teras hingga menjejaskan sumber pencarian penduduk yang menangkap ikan..Pencemaran sungai Teras juga menyebabkan air di Lata Panggung yang sering menjadi tumpuan penduduk dan pengunjung luar berkelah, terjejas akibat pencemaran yang berlaku kerana air bertukar menjadi keroh.

Turut hadir dalam lawatan bagi mempastikan kerja-kerja mengorek dan mendalami sungai Teras itu ialah Ketua Kampung, Abdul Wahab Mat Yatam.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat masih banyak program YMDS berasaskan reaktif daripada proaktif.

Perkara/projek yang sama di baiki berterusan dari masa ke semasa.

Di Amerka wakil rakyat sentiasa melihat bagaimana hendak menambah cukai untuk pembangunan. Lebih kepada proaktif.

Begitu juga tentang turun padang.

Ramai pengundi atas pagar di kawasan kita yang bersungut tentang pembangunan di tempat kita tidak kena sasarannya.

Salah satu sebab utama ialah program turun padang masih bertujuan mengumpul maklumat tapi tidak melihat apa yang sebenarnya berlaku di padang.

Sebagai contoh Haji Saad dari kampung tersusun diberikan lembu tapi beliau tidak mempunyai padang ragut yang berpagar.

Di Kubu Gajah ada orang kita yang menyewa rumah mesra rakyat.

Perkara begini berlaku kerana ketua kampung tidak perihatin tentang permohonan mereka. Hanya pandai menanda tangan permohonan sahaja.

Saya syorkan ketua kampung seperti ini hendaklah diberhentikan kerana beliau tidak tahu tentang anak buah mereka. Yang ada kedai dan banyak tanah kelapa sawit pun dapat rumah rakyat mesra.

Kalau mereka bermastutin di situ tidaklah mengapa juga. Tapi rumah tersebut jadi rumah hantu dan di sewakan.

Tanah kurnia pula dijual.
Kita mesti buat macam Sarawak. Mereka yang telah membena rumah di tanah tersebut sahaja yang menerima geran.

YMDS hendaklah turun padang dengan buka mata dan proaktif. Bukan dengar dan tutup mata atau reaktif sahaja.