Template by:
Free Blog Templates

26 March 2012

Tindakan

Jabatan kerjaraya (JKR) hari ini ditegur kerana kegagalannya mengadakan tanda isyarat keselamatan di selekoh bahaya diantara penhujung jalan baru rancangan tanah belia (RTBK) dengan pondik tanjung.

Telah banyak kali masalah tersebut dibangkitkan dalam mesyuarat tindakan daerah Larut, Matang dan Selama.

Ahli dewan undangan (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar meminta supaya JKR jangan melengah-lengahkan lagi perlaksanaan tersebut selain meluruskan jalan yang berbengkok dan membahayakan itu.

Mesyuarat yang dipengerusikan Haji harun Rawi yang juga pegawai daerah Larut, Matang dan Selama juga membuat keputusan pemasangan tanda isyarat dan meluruskan jalan yang bahaya itu.

Ramai pengguna yang terbabas kenderaan mereka di selekoh tersebut, walaupun tiada kemalangan jiwa berlaku setakat ini.

Masalah tanah runtuh dan pencemaran sungai di Dun Kubu Gajah turut dibincangkan, selain kelewatan perlaksanaan projek menaik taraf pekan Ijok.

Mengenai cadangan membina bongol sebagai langkah keselamatan pengguna jalan raya dekat Kampung Masjid, JKR diminta membuat siasatan dan cadangan.

Cadangan tapak pasar malam dan pembinaan gerai makan di tapak majlis daerah di pekan Kubu Gajah turut dibincangkan.

0 comments: