Template by:
Free Blog Templates

16 March 2012

Harijadi





Menyambut hari ulang tahun ke 50 Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO negeri,malam tadi.

Sambutan secara spontan itu diadakan sebelum bermulanya mesyuarat badan perhubungan UMNO negeri di bangunan UMNO.

Turut menyambut hari ulangtahun yang ke 51 ialah anggota exco kerajaan negeri, Datuk Shaarani Mohamad.

Dr. Zambry turut mengumumkan perlantikan Datuk Shaarani yang juga ketua UMNO bahagian Lenggong sebagai ketua penerangan UMNO Perak yang baru menggantikan timbalan menteri perladangan dan komodities, Datuk Hamzah Zaiunuddin.

Menteri Besar dalam mesyuarat perhubungan turut menyentuh sambutan ulangtahun UMNO dan mesyuarat Agung cawangan dan bahagian.

Dr Zambry juga menyentuh soal jentera pilihanraya parti peringkat negeri menjelang pilihanraya umum (PRU) ke 13.

Mesyuarat perhubungan juga menerangkan program lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Perak.

Diantara bahagian yang terlibat ialah Beruas dan tapah.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Walaupun jentera pilihanraya kita begitu canggih tetapi kita tidak berusaha menyaman mereka yang menuduh pemimpin UMNO yang menyeleweng kita tidak akan berjaya di Perak.

Saya ucapkan syabas kepada Menteri Asas Tani kita membuat 5 saman terhadap mereka yang menuduh beliau seolah2 beliau seperti koruspsi.

Saya sungguh gembira atas tidakan beliau.

Saya memberi pujian kepada pemimpin UMNO yang mendapat tuduhan daripada individu atau lain2 dan menyaman mereka sertamerta. Apa guna wang banyak kalau kita tak saman mereka.

Daripada menggunakan wang yang banyak untuk pilihanraya, UMNO hendaklah menggunakannya untuk pembayaran lawyer bagi tuduhan2 yang tidak berasas terhadap pemimpin UMNO

Anonymous said...

YMDS,

Ketua penerangan UMNO hendaklah membalas semua tuduhan terhadap UMNO dalam semua jenis media baru seperti blog PAS, PKR dan blog anti-kerajaan Perak.

Pegawai penerangan kita sepatutnya ahli yang rajin menjawab semua tuduhan yang terdapat di blog yang merendahkan darjat UMNO Perak jika UMNO hendak berjaya.

Ada orang ada pangkat tapi malas hendak menjawab tuduhan terhadap UMNO hendaklah digantikan dengan yang rajin membalas tuduhan dalam media baru kalau kita hendak menang.