Template by:
Free Blog Templates

12 March 2012

Misteri






Melawat seorang pelajar yang menuggu keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengalami sakit misteri selepas menjalani kursus di Pusat Latihan Khidmat Negara (LPKN) di Sungkai baru-baru ini di rumahnya di Pekan Kubu Gajah, pagi tadi.

Pelajar berkenaan ialah, Julaina binti Mohd Bakri, anak seorang peniaga kedai makan di Pekan Kubu Gajah.

Ibubapa pelajar berkenaan berdoa ke hadrat Allah S.W.T. semoga anaknya itu kembali seperti biasa.

Penderitaaan pelajar perempuan itu turut disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini dan mendapat simpati ramai pihak.

Turut sama dalam lawatan saya itu ialah Ketua UMNO Cawangan Titi Ijok, Saad Yusof dan Ketua Kampung Tebing Tinggi, Nor Azemi Sabran.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

UMNO perlu ada data base tentang semua BOMOH yang ada di kawasan ADUN Kubu Gajah.

Penyakit begini doktor biasa tak boleh ubat.

Tapi ada juga bomoh penipu. YMDS perlu turun padang melihat siapa antara mereka yang boleh mengubati YMDS jika sakit untuk mengelakkan bomoh cerita P. Ramlee.