Template by:
Free Blog Templates

10 March 2012

Sumbangan










Dua buah rumah penduduk di dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah memerlukan bantuan segera kerana rumah mereka berkeadaan bahaya diancam banjir bila-bila masa.

Kedua-dua rumah tersebut termasuk ketua wanita UMNO cawangan bendang luas, Sabariah Binti Mat Asik, 63 tahun terletak betul-betul di tepi sungai dan dapur rumahnya telahpun runtuh kerana hakisan tanah.

Seorang lagi ialah Salmiah Binti Accop, 70 tahun yang juga rumahnya terletak hanya beberapa meter dari sungai di Kampung Haji Mat Ashek.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar telah melawat kedua-dua mangsa banjir kilat semalam dan mendapati rumah mereka berada dalam keadaan bahaya dan perlu berpindah ke tempat lebih selamat.

Saya akan menghubunggi yayasan bina upaya (YBU) bagi mendapatkan sumbangan membina rumah baru mereka secepat mungkin.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah ketua UMNO cawangan Bendang Luas, Rosli Hussein dan ketua UMNO kampung Haji Mat Ashek, Abdullah Hadi Bahari.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Banjir kilat selalunya sangat senang untuk diatasi.

Pekho mengorek parit hanya $350 sehari.

Boleh tidak tiap2 bahagian UMNO ada satu Pekho/jentolak.

Kalau UMNO ada jentolak semua tanah reserve kerajaan boleh dibina jalan pertanian/tanaman atau pun parit untuk memajukan ekonomi setempat.

Kalau kerajaan tidak membina jalan sudah tentu semua orang miskin akan menjual tanahnya ke orang kaya. Begitulah yang terjadi di kampung saya.

Kampung YMDS juga, semua tanah di beli YB Selama, Osman Kopi dan Haji Rejam.

Kalau YMDS bina parit sudah tentu tanah 38 ekar di belakang rumah YMDS tidak dijual kepada YB Selama dan yang lainnya ke Haji Rejam.

YMDS terlambat bina parit kerana harganya mahal bagi orang kampung untuk membinanya. Orang miskin tak ada duit untuk buat parit.Jadi mereka juallah tanah mereka kepada orang kaya.

UMNO sentiasa bertanya masalah penduduk tapi asik berterusan mencari masalah dan membentuk jawatankuasa untuk melambatkan perancangan.

Muslihat kita untuk melambatkan pembangunan ialah dengan membuat kajian dan membentuk jawatankuasa. Jawtankuasa pula bukan pakar antau mereka yang bertaraf konsaltant.

Hari demi hari tanah dijual kepada orang kaya. Saya bukan marah orang kaya. Saya suka mereka kerana mereka menukar hutan kepada pertanian.

Masalahnya kampung menjadi bertambah sunyi kerana mereka yang kaya ini duduk di Taiping (YB Selama), Bagan Serai Anak Hj. Rejam), dan Nibong Tebal (Ssman Kopi dan Tauke Alor Pongsu (Ali Baba) di Alor Pongsu.

Cuba buat kajian di kampung YMDS. Mereka habis meninggalkan kampung kerana tiada kemajuan dan tanah mereka pun berpaya dan sentiasa terendam. Bila di Ali Babakan barulah parit boleh di bina.

Ramai lagi orang kampung YMDS hendak menjual tanah paya mereka cuma mereka tak tahu siapa boleh bayar lebih mahal kerana YB Selama hendak murah tapi jual berlipat2 ganda (rakyat diutamakan)

Kalau mereka buat istana hinggap mereka di kampung YMDS sudah tentu kampung tersebut menjadi GREATER KUBU GAJAH.