Template by:
Free Blog Templates

23 March 2012

Pokok tumbang








Sebuah rumah mesra rakyat yang dibina syarikat perumahan negara (SPN) mengalami kerosakan akibat dihempap sebatang pokok macang di Bagan Bahru.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar melawat rumah tersebut.

Maznah Binti Ku Ishak, 47 tahun bagaimanapun bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Mazbah yang tinggal bersuami dan dua orang anak telah melaporkan kejadian tersebut yang berlaku akibat ribut kelmarin kepada pihak berkuasa.

Saya berharap jabatan kebajikan masyarakat (JKM) akan dapat menghulur bantuan bagi memperbaiki kerosakan tersebut.

Beliau yang juga anak kepada ketua UMNO cawangan Sungai Lempung begitu terharu diatas kehadiran saya.

Saya turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga berkenaan.

Turut hadir ketua UMNO cawangan Bagan Bahru, Shamsuddin Ibrahim yang juga ahli jawatankuasa UMNO bahagian Larut.

0 comments: