Template by:
Free Blog Templates

30 March 2012

Ceramah







Kekuatan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang terletak kepada Perpaduan dalam Parti.

Justeru, soal perpaduan harus diutamakan daripada yang lain jika BN mahu terus mempastikan kemenangan cemerlang.

Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis ceramah dan berdialog UMNO di Peti Undi Redang Panjang di Kampung Sungai Segar, petang tadi.

Jika masalah dalaman dapat diselesaikan, jentera parti tidak menghadapi masalah untuk menghadapi lawan.

Kelemahan dalaman parti secara tidak langsung akan memberi laluan kepada lawan untuk mengambil kesempatan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengingatkan ahli-ahli UMNO terutamanya agar memrapatkan perpaduan bagi mempastikan BN terus mencapai rekod cemerlang memenanggi kesemua empat kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Larut.

UMNO di Larut harus berbangga kerana mereka bukan sahaja berjaya menjadi satu-satunya UMNO di Perak yang berjaya memenanggi kesemua empat kerusi yang dipertandingkan pada PRU ke 12, tetapi kesemua kerusi itu diwakili oleh UMNO dengan sokongan komponen BN yang lain.

Siri ceramah di setiap peti undi di Parlimen Larut akan terus diadakan hingga menjelang PRU ke 13.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat MP kita tidak ada ketokohan tempatan. Walaupun mereka lahir di LMS tapi saya tak nampak mereka di LMS. Boleh tidak MP yang datang, YMDS syorkan mereka yang dapat membangunkan dan sukakan hidup bersama rakyat LMS.

Terima kasih.