Template by:
Free Blog Templates

3 March 2012

Remaja










Pejabat belia dan badan-badan belia digesa mengadakan lebih banyak aktiviti dan program bagi menyekat kepada pekara yang negatif.

Remaja memerlukan bimbingan dan badan-badan belia perlu merancang aktiviti bagi mendekati mereka ini.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan program rakan beribadah belia peringkat DUN Kubu Gajah.

Program yang dianjur bersama pejabat belia, majlis belia negeri dan daerah serta ADUN Kubu Gajah selama dua hari itu melibatkan kem asas solat,qiamulai,kursus sembelih binatang ternakan dan forum perdana di masjid Tok Paduka kampung Masjid Ijok.

Sambil menyatakan sokongan keatas program yang melibatkan belia, saya turut menegaskan bahawa negara pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sentiasa memerlukan tenaga belia yang bertenaga dan bermoral tinggi bagi memajukan negara.

Golongan belia adalah penting untuk masa depan negara, justeru tanggungjawab mendekati mereka ini wajar dilakukan oleh masyarakat.

Belia juga merupakan golongan yang mampu membantu memupuk semangat perpaduan.

Mengenai program beribadah, saya yakin ia dapat meningkatkan lagi moral mereka kearah membentuk sebuah masyarakat yang membina dan bertanggungjawab terhadap negara.

Bersukan atau jika minat terhadap aktiviti luar yang lain tidak bermakna mereka akan mengabaikan ibadah.

Program rakan masjid harus diperkembangkan karana ia mampu mendekati belia dengan aktivi beribadah.

Turut hadir pegawai penyelaras masjid daerah kecil selama, ustad asraf Zulkifli dan ketua-ketua kampung Mukim Ijok.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Sistem pendidikan kita sekarang ini tidak dapat membantu remaja melanjutkan pelajaran kerana pilihannya terhad.

Ia dimajukan tidak selaras dengan minat dan talent pelajar.

Pendidikan lebih mementingkan akademik dan peperiksaan (meritokrasi).

Ramai remaja tak mahu belajar kerana pelajaran vokesenal tidak sesuai dengan minat dan talent mereka.

Sistem pendidikan sepatutnya dijalankan seperti yang kita lihat di TV (Akademi Fantasia). Peperiksaan bertulis tidak berapa dipentingkan tapi latihan kemahiran/profesional yang perlu diasuh. Product orientation examinations.

Di Boston USA ada pepetah Inggeris mengatakan mereka yang lulus dari Harvard boleh bercakap dengan baik tapi tak boleh buat kerja. Tapi yang lulus dari MIT (Massa Inst of Tech) boheh buat kerja tapi Bahasa mereka tak bagus.

Kita takut sistem pendidikan kita lebih mirip kepada Harvard tapi tidak kepada Massachusetts Institute of Technology.

Menteri Pendidikan mahu mengumpul maklumat dan hantarkan ke Pakar Pendidikan. Kita takut pakar pendidikan tersebut tidak lulus dari Universiti terkemuka. Yang menghantar memorundum pula yang lulus dari Universiti terkemuka.

Di Perak saya ada dua kawan satu lulus Harvard dan satu dari Univeriti Malaya. Yang diagong-agonkan kerajaan Perak ialah beliau yang lulus dari UM.

Kawan saya dari Harvard (Asam Kumbang) pun baru meninggal dunia tidak pernah dijadikan pakar rujuk di negeri Perak tapi kawan saya dari universiti yang tiada ranking dijadikan pakar. Sebab itu pendidikan kita tidak boleh setaraf dengan Harvard.

Kalau ambil dari parti pembangkang pun ambillah mereka yang datang seperti Yale, seperti Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tapi bukan macam Ketua Menterinya. Cool dan tidak pandai berdolak dalik macam CMnya.

Saya syorkan YMDS memohon Kementeria Pendidikan mengambil mereka dari Universiti terkemuka (berlainan universiti) untuk committe membuat keputusan menentukan pendidikan masa depan.