Baru-baru ini saya menziarahi sepasang warga emas yang terlantar sakit. Melihatkan keadaan mereka, saya insaf dan sungguh simpati. Semasa saya berkunjung ke rumah mereka, apa yang boleh saya zahirkan ialah rasa simpati dan sedih.
Encik Yusuf Jaafar yang berumur 66 tahun hanya terbaring manakala isterinya Puan Che Yan Din yang berumur 54 tahun hanya boleh bergerak menggunakan bantuan alat penongkat.
Mereka tinggal di Kubu Gajah mempunyai empat orang anak.Saya merayu kepada Jabatan Kebajikan Mayarakat untuk menghulurkan bantuan pada kadar yang segera.

1 comments:
Berdasarkan pengalam saya, kes-kes dimana pihak yang memerlukan bantuan ini selalu terpinggir kerana pengerusi JKKK tidak pernah melapurkan masalah ini kepada piahk berwajib. Sehubungan dengan itu saya mengharapkan Y.B. dapat membuka minda setiap Wakil Rakyat sentiasa membuka mata dan telinga agar sentiasa mengambil berat atas kesengsaraan rakyat dan golongan miskin tegar di kawasan mereka. Tidak mudah lupa diri setelah dipilih menjadi Wakil Rakyat. Adik ipar saya masih lagi menderita dan tidak pernah sekali pun wakil rakyat kawasan Pantai remis datang menjenguk muka. Adik ipar saya mengidap Parkison, Barah payudara, strok dan komplikasi buah pinggang di alamat No. 10, Jalan Permatang Kurau Kg. Batu, Pantai Remis, Perak darul Ridzuan. Harapan saya dapat mengambil tindakan walaupun bukan Di bawah kawasan Y.B. tetapi sekurang-kurangnya dapat membuka mata wakil rakyat kawasan itu sepaya lebih prihatin masalah rakyat.
Post a Comment