Template by:
Free Blog Templates

15 May 2008

Mesyuarat pertama MTPNg Perak

Semalam, 14/5/2008 saya bersama ADUN BN dan Ahli Parlimen BN seluruh negeri Perak menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak (MTPNg Perak) yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
MTPNg Perak adalah wadah yang diwujudkan oleh kerajaan Persekutuan bagi melihat program pembangunan dan pembelaan nasib rakyat di Perak dapat dilaksanakan secara berterusan walaupun negeri kini di pimpin oleh parti pakatan pembangkang.
Pada mesyuarat itu, taklimat telah diberikan mengenai fungsi serta peranan MTPNg Perak.

4 comments:

KakiBola said...

Salam Engku. Semoga dirahmati Allah adanya. Alhamdulillah nasib rakyat kini semakin mendapat perhatian. Itulah untungnya bila ada persaingan dalam menonjolkan keprihatinan dua pihak yang ingin memenangi hati rakyat. Cuma dalam konteks ini, Engku perlu perbetulkan definisi bahawa sekarang yang membangkang di Perak ialah BN/UMNO dan Pakatan Rakyat adalah pihak yang memerintah. Pemerintahan BN/UMNO di Perak buat masa ini adalah sejarah.

Azuan wan said...

akm...DS
Moga sihat hendaknya..
Amat lah sedih melihat org kg membeli beras yang mahal.Nak pegi motong getah hujan pulak.Lagilah sedih bila melihat pelajar sekolah dalam kampung kelian dalam dun DS pergi sekolah bila kasut mereka kena selut tanah merah kerana jalan Kg mereka penuh tanak merah dan jalan tar yang rosak amat teruk sekali.Sesekali tengok cerut DS berapa lah harganya sebatang mungkin bagi kami yg dok di KG ni boleh beli 3 kampit beras

KakiBola said...

saudara Azuan..
saya tompang kesedihan yang saudara rasai tatkala mereka yang disebutkan saudara mengalaminya sendiri. Malangnya, negara maju yang dilaungkan oleh pemerintah Persekutuan kita hanya ditafsirkan melalui gaya hidup mereka (pemerintah persekutuan) yang mewah, rakan-rakan dan kroni-kroni yang kaya raya, maka kesimpulan yang boleh mereka buat adalah rakyat Malaysia sudah senang. Naik kereta mewah, guna driver, diorang tidor. Bawa laju, kena speedtrap, polis lepas, kalau kena saman pun, tak perlu bayar. Rakyat minta naik had laju 10km sahaja, sudah bising. Tol diorang tak sibuk nak bayar sebab semua guna duit BAPAK DIORANG (maaf agak kasar). Kita dengan pendapatan tak seberapa, teruk mengira, duit petrol, duit tol dan macam macam lagi..Pemimpin Persekutuan apa diorang peduli. Insaflah wahai pemimpin...harapnya YB DUN Kubu Gajah tak begitu...wallahualam

AIDC said...

Salam dato,

Harap dato sudi meluangkan masa tonton video2 ni..

Video 1

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/