Semasa melakukan lawatan ke Kampung Sangkut meninjau kawasan perumahan PPRT saya menemui Encik Shamsuddin Abdul berumur 43 tahun yang baru sahaj selesai menjalani pembedahan. Beliau mempunyai tanggungan empat orang anak termasuk seorang anak yang tercicir pembelajarannya.
Saya telah mengusahakan anaknya yang tercicir itu memasuki Pusat Giat MARA bagi membolehkan anaknya itu mendapat latihan kemahiran. Harapan saya sekurang-kurangnya anak itu memiliki kemahiran dan boleh mencari pekerjaan atau memulakan usahanya sendiri.
Selepas itu saya ke Kampung Bagan Baru dan berkesempatan menemui empat keluarga yang memerlukan bantuan. Seorang daripadanya Encik Zainon Lazim yang berumur 63 tahun memerlukan bantuan saran hidup daripada JKM. Beliau yang kini terpaksa menggunakan tongkat setelah kakinya di potong akibat penyakit kecing manis. Seterusnya saya ke rumah Puan Che Jam Desa yang terlantar sakit. Beliau juga memerlukan bantuan saran dariapda JKM. Dari situ saya ke rumah Puan Aishah Mat Kasa berumur 68 tahun. Tinggal bersama seorang anak dan empat cucunya, saya simpati dengan keadaan rumahnya. Beliau memerlukan membaiki rumah.Selain beliau, Puan Ramlah Isa yang berumur 72 tahun tinggal keseorangan dan menumpang di rumah orang dan tidak mempunyai sebarang punca pendapatan turut memerlukan bantuan saran.
Ekoran lawatan saya ke kampung-kampung berkenaan, saya telah menyerahkan senarai keperluan bantuan yang mereka perlukan kepada JKM. Saya amat berharap JKM dapat menyegerakan proses permohonan bantuan mereka.
Bagi saya nasib mereka perlu mendapat pembelaan kerana kita tidak mahu masyarakat yang jauh tinggal di kampung terabai. InsyaAllah saya akan melakukan apa sahaja yang terdaya bagi memastikan mereka mendapat pembelaan.
23 May 2008
Mereka yang perlukan pembelaan
Minggu ini saya melakukan lawatan ke beberapa tempat menemui kalangan mereka yang memerlukan bantuan.
Antara mereka yang saya temui ialah mereka terlantar sakit serta mereka yang memerlukan bantuan membaiki rumah.
Dalam lawatan itu, saya mengumpulkan maklumat serta butiran peribadi mereka bagi membolehkan saya membawa masalah yang mereka hadapi ke pihak yang berkenaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Tok Raja,
Cara Tok Raja mendampingi masyarakat cara ini perlu diteruskan. Kalau semua ADUN UMNO macam Tok Raja sudah tentu Perak tidak di perintah oleh PR.
Tapi Tok Raja! jangan hangat2 najis ayam. Cara 'touching' Tok Raja dgn orang kampong amat dirindui oleh mereka. Jangan kita asyik syok sendiri, buat progrem panggil orang dari Pusat, kumpul orang , tepuk tangan , sorak sana, sorak sini' ampu sana, ampu sini, orang dikampung serupa saja.
Perubahan kena ada. Bukan semua orang dalam pemikiran mereka sama macam dulu. Rata-rata anak mereka ramai ke menara gading. Sedikit sebanyak cara pemikiran baru pasti akan di'sembangkan' dengan orang tua mereka. Lama-kelamaan cerita anak-anak yang cerdik pandai ini akhirnya dapat dilihat ada kebenaranya.
Kita orang lama UMNO jangan 'take for granted'. Cara Pak Lah yang tak versatile amat bahaya. Kadangkala dilihat sombong menonong tak tentu hala.
Tok Raja
Kalau UMNO Perak tak berubah. maka kita pun serupa saja. Kita lihat apabila TRengganu alah tahun 99, terus dilantik Idris Jusoh untuk mengepalai UMNO Tganu dan dalam 4 tahun solid bekerja dan menang dengan cemerlang tahun 2004. Kita di Perak dah nak masuk 3 bulan taka nampak apa lagi. Kalau berterusan macamni, kitan pakay-pakat terjun dungan labu-labunya.
Saya diluar tak nampak jelas, mungkin adalah perancangan Perhubungan Ngeri. Insyaaalah akan Berjaya!!!
Jumpa lagi Tok Raja
Assalamu 'alaikum Dato',
Cara beginilah yang rakyat luar bandar mahukan. Turun ke padang dan terus menemui sasaran. Kerja sebegini memang meletihkan, tetapi percayalah Dato' kesannya amat besar dan darjah kepuasannya amat tinggi. Rakyat bukan ingin menarik wang daripada poket kita, tidak sama sekali. Rakyat cuma ingin melihat wajah jernih kita dan ketulusan kita.Apabila kita sanggup memijak lantai rumah mereka yang uzur tanpa kasut, mengusap badan mereka yang sakit, dan memeluk serta bersalaman dengan mereka itu sudah cukup berharga buat mereka. Bantuan kebendaan boleh diusahakan kemudian, tetapi yang lebih penting di peringkat awal ialah kehadiran badan dan jiwa kita sendiri menemui mereka.
Alhamdulillah datok turun padang membantu rakyat yang memerlukan walaupun belum tentu rakyat tersebut telah mengundi datuk atau pun pembangkang pada waktu dahulu..pada pandangan saya..sewaktu aktiviti konvoi pada hari akhir sebelum hari pilihanraya dari ulu sepetang ke tempat datuk di calonkan rata-ratanya kuat di pihak pembangkang pada waktu itu pun begitu syukur pada tuhan datok menang juga. saya harap datuk teruskan aktiviti turun padang mencari rakyat yang memerlukan bantuan.dan saya amat berharap yb saya kapten najimuddin pun akan membina satu laman blog juga kelak.
akm...Ds..
Saya harap kewujudan blog ini bukan hanya nak tunjukan popularity ds untuk meraih sokongan bagi pemilihan parti kali ini..tak perlu tubuh kelab sayang atau kelab sokong mcmlah pemimpin umno ni baru keluar dari akedemi fantasia..
P/s
Apa-apa pun kejadian ini adalah rahmat kepada rakyat yang beralih mengundi PR dalam pilihanraya yg lepas kalau tidak..mereka masih lagi tidur...
TERUSKAN USAHA DATUK UNTUK MENANGKIS SEGALA TOMAHAN PAKATAN RAKYAT.BUKTIKAN BAHAWA BN AKAN KEKAL BERKUASA SAMPAI BILA-BILA.
Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan sahaja gagal mengubah
pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi
malahan beliau juga telah gagal membetulkan UMNO yang
telah beliau cederakan semasa pemerintahannya
selama 22 tahun.
Tidak ubah seperti pelacur yang bergelumang
dengan 1001 kemaksiatan, UMNO melacurkan tubuhnya
dengan 1001 macam kemungkaran.UMNO sekarang dipenuhi
oleh saki baki watak-watak pembodek, bacul,
perompak, penzina, perogol, peraba bontot, pencuri,
peminum arak, pendusta, penjudi dan penderhaka!!!!
Maka, saat dan ketika yang semakin hampir
sekarang hanyanya menunggu masa, UMNO yang derhaka
akan hancur dan karam buat selama-lamanya.
Kalangan kera, monyet dan siamang yang bergayutan
dalam sangkar UMNO, sebahagiannya dengan segala
gelagat lucu mempertahankan kuasa presidennya yg pemalas
kaki tidur dan miang.
Sedarlah wahai pemimpin UMNO, kamu semua sebenarnya
telah menderhaka bukan hanya kepada Raja-Raja Melayu
tetapi kamu juga telah menderhaka kepada Orang Melayu
keseluruhannya dan rakyat Malaysia kesemuanya.
pengkhianatan dan persundalan yang telah dilakukan oleh
suku kaum UMNO yang dengan lagak jembalangnya
telah mempermain dan melalaikan bangsa Melayu dengan
umpan lapoknya “Ketuanan Melayu”
=yut loi kuala kangsar
salam...
kan bagus kalau dato jenguk mereka yang memerlukan pembelaan daripada melayan mereka sudah semuanya ada.
dato' kalau melawat kalau boleh jangan pakai bodyguard- supaya orang boleh hampiri dan berborak. macam KULI- ambil yang mana baik- dia berborak dengan rakyat macam budak penghantar surat dan mudah dijumpai. sebab itulah dia tidak pernah kalah dan undi majoritinya tidak pernah seteruk orang lain di Kelantan.
pkspasdap.blogspot.com
Sudah lama saya mengikuti perkembangan politik dato'.. Dari dato' menjadi MP sehinggalah dato' menjadi ADUN.
Ini lah baik buruknya Blog. Kekalahan UMNO/BN dalam PRU-12 yang lalu telah membuka minda semua pimpinan UMNO untuk membuka blog masing-masing. Mereka menulis dan menunjukkan kepada rakyat apa yang telah mereka lakukan. Bagus sekurang-kurangnya rakyat tahu apa yanb mereka lakukan..
Komen saya ialah apabila saya melihat blog dato' begitu banyak dato' buat lawatan ke kampung - kampung dan rumah - rumah rakyat yang dhaif lagi miskin. Apakah selama 50 tahun UMNO/BN memerintah langsung hal-hal sebegini tidak diambil peduli oleh Pimpinan atasan? Kenapa selepas selepas Pakatan Rakyat (PR) menerajui Perak baru kita lihat ramai rakyat yang miskin.
Persoalan ini perlu dijawab oleh pimpinan UMNO/BN disemua peringkat. Rakyat bertanggapan bahawa ini hanya satu wayang apabila kalah. Bila dah berkuasa semula, rakyat diabaikan..
Fenomena ini banyak berlaku di Negeri-negeri lain dibawah PR seperti di P.Pinang. Baru-baru ini Menteri Luar Bandar (recycle man)Tan Sri Muhamad telah buat lawatan ke P.Pinang dan beliau sedih melihat kemiskinan di P.Pinang. Ini juga boleh membuatkan rakyat melihat apa yang kerajaan UMNO/BN hanya berlakon. 50 tahun BN telah memerintah kenapa setelah PR menang baru Kerajaan BN namapak kemiskinan rakyat? Bila wartawan tanya beliau kenapa banyak rakyat yang miskin? adakah dulu tak jumpa. Beliau hanya menjawab NO KOMEN. Ini negeri Perdana Menteri.
Saya harap kerajaan Persekutuan kena teruskan bantuan kepada rakyat tak kira apa jua fahaman politik. Kerajaan kena bersikap ADIL kepada semua rakyat. Soal mereka pilih sape wakil rakyat, itu hak mereka yang termaktub didalam perlembagaan sebab kita mengamalkan Demokrasi.
Dato' teruskan usaha seperti ini. Harapan saya apa yang dato' lakukan hendaklah dengan jujur dan ikhlas. Kita tidak mahu lihat ianya macam kosmetik sahaja untuk pancing undi.
Thanks.
Post a Comment