Template by:
Free Blog Templates

4 June 2008

RT jangan hanya lepas batuk di tangga

Kewujudan Rukun Tetangga (RT) jangan hanya sekadar 'hidup segan mati tak mahu' atau penubuhannya hanya untuk melepaskan batuk di tangga.
Ini memandangkan RT mempunyai peranan besar dalam masyarakat khususnya sebagai landasan memupuk perpaduan dan keharmonian. Walaupun pada ini RT lebih banyak menumpukan kepada usaha membantu membanteras gejala sosial seperti dadah, RT tidak boleh mengabaikan peranan pentingnya dalam memantapkan lagi semangat kejiranan.
Saya tegaskan perkara ini semasa merasmikan Hari Keluarga Rukun Tetangga Kampung Yaman, Batu 20, DUN Kubu Gajah. Kira-kira 300 orang masyarakat setempat menghadiri hari keluarga berkenaan.
Saya juga mengambil kesempatan menjelaskan mengenai isu kenaikan harga barang dan minyak. Selain daripada mengingatkan perlunya amalan jimat cermat diamalkan saya juga meminta rakyat memberikan peluang kepada kerajaan untuk merangka usaha-usaha berterusan mengatasi masalah berkenaan.

0 comments: