Sempena hari Alam Sekitar, saya ingin mencadangkan agar kerajaan negeri Perak tidak setakat hendak menanam 100,000 batang pokok bagi menghijaukan negeri ini.
Sebaliknya perlu pada masa yang sama melihat kawasan-kawasan di luar bandar yang boleh diperindahkan lagi dengan landskap.
Pekan-pekan kecil juga wajar diberikan perhatian dalam program seumpama ini seperti di Pekan Kubu Gajah yang masih banyak lagi aktiviti kebersihan yang perlu diberikan keutamaan oleh pihak berkuasa tempatan.
Memperbaiki keadaan alam sekitar akan membantu kehidupan masyarakat kita ke arah lebih baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
akm...DS doa saya moga ds senantiasa sihat dan rahmati oleh Allah dalam keikhlasan Ds membantu rakyat..
Rasional Hadapi Kenaikan Harga Minyak....
Datuk Seri sejak bermula nya kenaikan harga minyak kerajaan akan mengajak rakyat berjimat cermat:
1)Mengajak rakyat menggunakan pengangkutan Awam..adakah kereta sapu di tempat kita tu pengangkutan awam datuk seri...yg mana keselamatan nya amatlah tidak terjamin..takan datuk seri akan tongkat dagu dan lihat sahaja masalah ini..
2)Elakan pembaziran..utk maklumat Ds org miskin adalah org yg paling berjimat cermat..kerana merekalah lah yg makan pucuk paku,rebung buluh,ubi kayu,batang pisang,umbut bayas,umbut nyor..malah dalam BERSAMA MU..ada yg makan siput babi..bukan itu berjimat cermat..bagaimana pulak pak menteri,berapa cc kah kereta pak menteri,berapa harga karpet merah untk pak menteri pijak,berapa hargakah sebuah meja makan untk pak menteri bersantap dan berapa harga kah CERUT DATUK SERI...jgn jadi ketam...
akm...
Dulu masa kerajaan barisan nasional memerintah lebih daripada 50 tahun tak tanam pokok kerrr...ka dah jadi kayu balak...
Dato', sebelum hendak memberi nasihat kepada orang lain, perkemaskan diri sendiri dahulu. Bak kata orang, seperti ketam mengajar anaknya untuk berjalan lurus. Dulu BN memerintah Perak, tak buat ke benda2 macam ni? Come on lah Dato', rakyat bukan tidak cerdik macam dulu...
Post a Comment