Semua pihak perlu berfikiran rasional berhubung dengan kenaikan harga petrol dan diesel. Ini memandangkan peningkatan bebanan subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan ekoran kenaikan harga minyak dunia.
Walaupun ramai mempersoalkan tindakan kerajaan tersebut, langkah mengurangkan subsidi adalah yang terbaik yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan buat masa ini.
Pada masa yang sama kerajaan tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat terutama golongan yang berpendapatan rendah.
Saya jelaskan perkara ini ketika melakukan lawatan ke kawasan dan telah dihujani dengan pertanyaan mengenai kenaikan harga petrol dan diesel.
Saya jelaskan kepada penduduk di kawasan saya, apa yang penting kita mesti tenang dan melihat isu kenaikan harga ini secaa menyeluruh dan apa yang penting keadaan negara kita tidak seburuk negara-negara lain.
kepentingan rakyat dan akan bertanggungjawab menyediakan
7 June 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
akm...DS doa saya moga ds senantiasa sihat dan rahmati oleh Allah dalam keikhlasan Ds membantu rakyat..
Rasional Hadapi Kenaikan Harga Minyak....
Datuk Seri sejak bermula nya kenaikan harga minyak kerajaan akan mengajak rakyat berjimat cermat:
1)Mengajak rakyat menggunakan pengangkutan Awam..adakah kereta sapu di tempat kita tu pengangkutan awam datuk seri...yg mana keselamatan nya amatlah tidak terjamin..takan datuk seri akan tongkat dagu dan lihat sahaja masalah ini..
2)Elakan pembaziran..utk maklumat Ds org miskin adalah org yg paling berjimat cermat..kerana merekalah lah yg makan pucuk paku,rebung buluh,ubi kayu,batang pisang,umbut bayas,umbut nyor..malah dalam BERSAMA MU..ada yg makan siput babi..bukan itu berjimat cermat..bagaimana pulak pak menteri,berapa cc kah kereta pak menteri,berapa harga karpet merah untk pak menteri pijak,berapa hargakah sebuah meja makan untk pak menteri bersantap dan berapa harga kah CERUT DATUK SERI...jgn jadi ketam...
“AKU ANAK MELAYU” Aku ada 5 org adik beradik dalam keluarga dan aku yg paling sulong yang berasal dari negeri paling utara di Malaysia. Aku dan adik ke2 masih menuntut di IPTA,3 org lagi masih menuntut di sekolah menengah dan rendah. Ayah bertugas sebagai tukang kebun/tebang pokok dusun mengambil upah RM30 sehari yang bekerja 6 hari seminggu.Ayah mempunyai kereta DATSUN 150Y yang dah nak relai (buruk) tapi banyak berjasa kepada kami sekeluarga sehingga kini,Ayah terpaksa menggunakan kereta untuk mengangkut alatan-alatan bertukang.Jarak tempat kerja Ayah dgn rumah kami adalah 60KM darab pergi dan balik bersamaan 120KM yang memerlukan kos minyak RM20 sehari pada harga minyak petrol RM1.92 seliter,baki RM10 dibawa balik dan diberi kepada Ibu utk perbelanjaan harian.PADA HARI INI dengan kos minyak yang naik,kereta DATSUN Ayah yang paling banyak berjasa kepada kami, memerlukan RM30 sehari utk jarak 120KM.Ayah terpaksa bekerja dalam jarak yang jauh demi keluarganya. Persoalan yang timbul difikiran kami adik-beradik mcm mana kami nak menampung kos perbelanjaan harian kami,makan dan minum,PELAJARAN kami adik-beradik. Walaupun kami mendapat bantuan PTPN dari kerajaan,dengan bantuan itulah Aku dan adik ke2 dapat belajar dan dengan hasil bantuan itulah kami berdua menampung perbelanjaan adik-adik kami yang masih kecil dan bersekolah disamping pendapatan Ayah yang tidak seberapa. Adakah aku perlu berhenti belajar di IPTA? Dan mencari kerja untuk membantu dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh Ayah. Adakah nasib yang sedemikian juga akan berlaku kepada anak-anakku pada suatu hari nanti?
Raja,
Kalau betul tuan prihatin kepada masalah rakyat tak perlulah bercakap soal ini. Semua orang UMNO yang bercakap soal ini hanya akan mengundang bertambahnya kebencian. Parti UMNO memang tak berguna kepada rakyat!
Datuk,
Saya tidak nampak masyarakat boleh menerima kenaikan harga minyak yang begitu melampau. Tambah-tambah lagi dalam keadaan kerajaan yang begitu dibenci oleh rakyat. Apa pun kebaikan yang cuba dilakukan kerajaan sekarang akan dipandang serong oleh masyarakat.
Saya amat bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang iaitu memotong 10% elaun yang diterima oleh YB-YB. Kalau boleh gaji-gaji YB juga patut dipotong, CEO, chairman syarikat juga patut dikurangkan gaji atau elaunnya juga. Banyak sangat yang mereka dapat tu Datuk. Bagilah pada rakyat miskin sikit. Keluarlah zakat sikit. Dalam Quran, setiap ayat yang menyuruh kita solat semuanya diakhiri dengan zakat. Contoh: Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat. Itu menunjukkan zakat itu sama pentingnya dengan solat, bukan setakat bayar zakat dekat nak raya jer.
Satu lagi, YB-YB, menteri-menteri patut turun padang, bagi penerangan kepada rakyat tentang kenaikan harga minyak. Pembangkang sekarang ni hanya tungga masa jer nak belasah kerajaan.
Ok Datuk, semoga Malaysia akan tetap cemerlag, gemilang dan terbilang.
Salam Datuk.
Saya mempunyai pandangan juga persoalan penting berkaitan subsidi minyak ini Datuk.
Sila kunjungi di sini:
http://masnoorwak.blogspot.com/2008/06/msian-oil-subsidy-confuse-question-of.html
Saya sokong Dato ' jadi PM...nak ke?
Post a Comment