Template by:
Free Blog Templates

4 June 2008

JKKKP untuk kepentingan rakyat

Seramai 806 bekas ketua kampung di seluruh negeri Perak hari Rabu (4/6/2008) menerima watikah perlantikan sebagai Pengerusi JKKKP.
Saya percaya dengan perlantikan tersebut mereka akan lebih bersemangat dan gigih melaksanakan amanah dan kerja-kerja untuk kepentingan rakyat.
Di samping itu, perlantikan ini juga menjadi penguat semangat kepada mereka untuk berusaha mengembalikan sokongan rakyat kepada BN untuk kembali mentadbir negeri ini.
Majlis penyampaian watikah itu diadakan pada majlis kesyukuran BN anjuran UMNO Bahagian Sungai Siput.
Sya telah menerima watikah bagi pihak 54 Pengerusi JKKKP bagi kawasan Parlimen Larut.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli GHazali dan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang jyga merupakan bekas Ahli Parlimen Sungai Siput.
Samy dalam ucapannya meranyu jentera BN bekerja keras tanpa jemu-jemu untuk menawan semula negeri Perak daripada tangan pakatan pembangkang yang membentuk kerajaan negeri sekarang.
Beliau melahirkan keyakinan BN akan kembali berkuasa di negeri Perak dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Sekalipun kalah pada pilihan raya umum yang lalu, Samy tetap menghargai dan berterima kasih kepada UMNO Sungai Siput.
Pada majlis berkenaan, kira-kira 500 tetamu hadir.
Samy dalam ucapannya juga memberitahu, beliau sedang melakukan usaha menjenamakan semula MIC.
Beliau juga berkata, beliau berusaha keras ke arah itu kerana yakin MIC masih lagi relevan dalam membela nasib kaum India di negara ini.

4 comments:

KakiBola said...

Tahniah kepada kerajaan BN yang amat prihatin dengan masalah rakyat kerana menghadiahkan kenaikan petrol dan diesel. Terima kasih banyak Engku kerana menghumban rakyat dengan pelbagai masalah dan kepayahan sedangkan kalian semua hidup senang lenang dengan penderitaan rakyat.

Kalau dulu subsidi petrol dan diesel dikurangkan untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, sekarang kenaikan petrol dan diesel adalah bagi penambaikan apa pulak?

Azuan wan said...

akm...
kepada kaki bola saya selalu lihat anda memberi komen...dan kali ini nampaknya ada komen panas sikit...
kepada kaki bola saya ada sikit pandangan tentang bola di malaysia yang 50 th merdeka..pandangan ini adalah dari pandangan peribadi saya..
1)kita pilih wakil rakyat utk membawa masalah rakyat untuk dibahas dan dibincangkan dan akan membawa keuntungan kepada rakyat yg diwakili..dan sebelum pilihanraya wakil ini akan berjanji dengan rakyat di tempat yg mereka wakili bahawa merekalah akan membela nasib tempat tersebut...bila kita bagi kepercayaan/undi BOLA YG MEREKA PERJUANGKAN...
2)Saya amat berminat dgn sejarah,dlm buku sejarah banyak diceritakan bahawa raja-raja melayu pada masa dahulu memohon bantuan inggeris ataupun org putih dalam melawan musuh,seperti sultan kedah memohon bantuan dari francis light untuk melawan siam..tapi setelah 50 th merdeka kita masih memerlukan bantuan dari penjajah ini untuk KEDAH MENEWASKAN PERAK ATAU PON LAIN2 NEGERI UNTUK MENEWASKAN PASUKAN LAIN..
3)Mengapa pasukan bola kita lemah,Kita boleh buat perbandingan antara pasukan bola kita dengan parti UMNO,dulu org main bola seperti allahyarham mohthar dahari bermain ikhlas untuk negara..tidak memikir sebarang imbuhan...TAPI KINI.berapa mereka dapat...begitu juga parti UMNO dulu org melayu masuk UMNO kerana bangsa agama dan negara ,TAPI KINI HANYA UNTUK POKET...
4)Cuba kita ambil dari timbalan presiden sampai ke pengurus pasukan bola sepak Malaysia ada tak mereka ini yang berlatar belakang pemain bola sepak,saya percaya kalau kita bagi bola suruh depa sepak..pasti tak kena...jadi kita memberi tugas kepimpinan kepada yg bukan ahli nya...saudara boleh baca tanda-tanda kiamat..

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

abe MIE banyak dengar pasal MIC dimulut orang INdia... mereka ibarat anak ayam kehilangan ibu. sebab itulah DAP menjadi perjuangan mereka kini...

MIC baik, tapi ketuanya dah lama patut berundur untuk memberi laluan kepada orang muda. kalau tidak orang india tidak menjadi penyokong setia BN.

abe MIE berkata yang benar terserah kepada YB hendak menyiar atau tidak kenyataan saya.

KakiBola said...

sdra Azuan...please check your blog untuk response saya kepada persoalan yang dikemukakan. dah 2 minggu saya reply.

thanks