Template by:
Free Blog Templates

13 June 2008

JKKKP amanah kerajaan Pusat untuk bangunkan rakyat


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) mestilah melaksanakan amanah yang diberikan dengan menggunakan pendekatan lebih mesra rakyat.
Perlantikan yang dibuat adalah merupakan satu amanah dan kepercayaan kerajaan Pusat yang seharusnya dilaksanakan sebaik mungkin.
Mereka adalah merupakan mata dan telinga kerajaan, justeru mereka wajar pro aktif menggerakkan jentera pentadbiran kerajaan bersama ahli-ahli JKKKP yang lainnya.
Saya tegaskan perkara ini pada majlis penyampaian watikan perlantikan kepada 54 Pengerusi JKKKP bagi kawasan Parlimen Larut yang melibatkan ketiga-tiga DUN iaiatu DUN Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau.
Pada majlis itu turut dilantik ilah Setiausaha, Bendahari dan 12 Jawatankuasa JKKKP bagi setiap kawasan JKKKP.
Pada majlis itu saya juga berkesempatan mengadakan dialog dengan mereka terutama mendengar isu-isu rakyat yang perlu diselesaikan segera.

8 comments:

mat_terab said...
This comment has been removed by the author.
mat_terab said...
This comment has been removed by the author.
mat_terab said...

Perlantikan JKKKP di bawah kerajaan pusat merupakan satu lagi siri pembaziran Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran kerajaan BN....cuba bayangkan berapa banyak duit rakyat yang terpaksa di belanjakan untuk membayar gaji anggota JKKKP ini sedangkan kerajaan negeri telah sedia ada melantik JKKK di bawah kerajaan negeri masing-masing.....Dalam kadaan rakyat di saran berjimat cermat dan mengubah gaya hidup lantaran harga minyak dan barang naik kerajaan BN senang-senag saja membazir duit rakyat.....Sedar lah diri sedikit sudah tewas di 5 negeri berilah peluang kerajaan negeri pakatan rakyat yang menguruskan negeri tidak perlulah hendak masuk campur...Jangan lah jadi kerajaan yang gila talak

June 14, 2008 9:58 PM

ZAINAL AMRI MOHAMAD ALI said...

Salam..Tahniah Datuk..Walau apa pun, Kerajaan pusat tetap meneruskan agenda membela rakyat. dengan perlantikan ahli JKKKP ini, rakyat masih ada tempat mengadu sebarang masalah kepada kerajaan.Seperti dahulunya. JKKK inilah yang lebih memahami kehendak dan rintihan rakyat setempat.Teruskan usaha Datuk, agar nasib rakyat terus terbela. Terima kasih.

Unknown said...

JKKKP adalah satu usaha untuk :

1. Memecah - belahkan masyarakat.
2. Membuang masa dan duit rakyat bukan duit kerajaan
3. Menunjukkan UMNO parti yang tidak tahu malu
4. UMNO sudah hilang idea untuk bantu rakyat.

Dato', saya cabar Dato' untuk berdebat dengan YAB MB Perak...Ade berani ker?

dipinggiran... said...

Assalamualaikum.
Kalau YAB MB Perak, boleh saya tawarkan diri untuk berdebat.Apa tajuk dan bila serta di dimana. Boleh aturkan?.Hubungi saya. Terima Kasih.

pengkritikkhas said...

perlantikan JKKKP di bawah kerajaan pusat bukanlah satu pembaziran duit rakyat tapi adalah salah satu langkah untuk memudahkan rakyat mendapat pembelaan di peringkat pusat.jkkk dahulu dan sekarang berbeza dari segi ideologi politik.jika dahulu seorang JKKK(BN) bersikap universal yang mana tidak mengambil kira samaada pembangkang mahupun kerajaan tapi senario sekarang berbeza apabila berubah tampuk pemerintahan.kalangan ahli pas anti kepada orang umno.sehinggakan ada yang mengeluarkan fatwa haram jika makan kenduri di rumah orang umno.ideologi ini di bawa oleh penyokong-penyokong pas.bukannya umno.jadi untuk mengelakkan penyokong kerajaan pusat dari disisihkan terus adalah lebih baik di lantik JKKKP.jadi bagi rakyat menyokong kerajaan BR ni khasnya yang mengundi pembangkang silalah minta sokongan dan bantuan kerajaan perak sekarang kerana kerajaan perak sekarang ini amatlah kaya dan berkebajikan tidak seperti kerajaan yang terdahulu(x percaya sila tanya pada mb nizar).cukai di hapuskan air di turunkan minyak pun dah turun harga(betul ke).

hafiz said...

hahaha saya memang nak tergelak bila mula2 lagi isu ni bangkin... macamlah kelantan jugak... hmmmm alahai... umno memang memalukan.. JIJIK! HINA! JELIK! cakap je lebeh!