
Dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia saya bersama Dr Abu Hassan Hasbullah dari Zentrum Future Studies Malaysia bercakap atas topik 'Wajah Baru Parlimen Malaysia'.
Ia berkisar mengenai langkah RTM menyiarkan secara langsung selama 30 minit sidang Dewan Rakyat.
Saya bercakap atas pengalaman saya sebagai bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di parlimen (BNBBC) dan dua penggal sebagai Ahli Parlimen Larut.
Antara lain saya merasakan siaran langsung selama setengah jam setiap hari sidang parlimen mulai 30 April adalah satu langkah permulaan yang baik untuk mendedahkan rakyat Malaysia khususnya golongan muda mengenai senario sebenar sidang Dewan Rakyat.
Saya juga menyatakan kalau siaran seumpama itu boleh diadakan di parlimen maka pertimbangan harus diberi untuk mengadakan siaran langsung semasa sidang Dewan Undangan Negeri.
Ini kerana sidang Dewan Undangan Negeri tidak kurang penting dalam mengubal dasar-dasar dan berbahas mengenai hal-hal di sesebuah negeri.
Parlimen baru-baru ini panas dan kecoh selepas pertama kali disiarkan secara langsung oleh TV1 RTM.
Program Hujah yang dikendalikan oleh Dr. Agus menjadi lebih rancak dalam membincangkan mengenai ahli-ahli Parlimen yang profesional.
0 comments:
Post a Comment