Template by:
Free Blog Templates

19 May 2008

UMNO kuat jika Melayu bersatu

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan bahwa perpecahan dalam parti jika dibiarkan hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Memetik kata-kata Dato' Onn Jaafar, Melayu hanya akan kuat jika UMNO kuat dan UMNO hanya akan kuat jika Melayu bersatu.
Justeru beliau menggesa seluruh ahli UMNO di semua peringkat mengelakkan perpecahan kerana tumpuan masa kini seharusnya diberikan kepada usaha memperkukuhkan parti.
Beliau menyatakan demikian pada program penerangan isu semasa anjuran UMNO Bahagian Larut yang dihadiri 500 ahli UMNO dan masyarakat setempat. Turut hadir Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, datuk hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut, Timbalan ketua Setiausaha KKLW, Datuk Jabar Che Nai, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Puat Nayan dan Pengarah Projek KKLW, Datuk Mohd Nor.
Majlis berlangsung di Dewan Majlis Daerah Bagan Baru. Beliau turut menambah bahawa berdasarkan sejarah, hanya UMNO yang mampu dan mempunyai kefahaman yang tinggi usaha-usaha membela nasib bangsa, agama dan tanah air.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilyah turut mengumumkan kesemua Pengerusi JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung - Persekutuan) di Perak aakn menerim watikah perlantikan mereka akhir minggu ini.
Oleh itu beliau berharap, mereak yang telah meletakkan jawatan sebagai ketua kampung agar tidak bimbang kerana mereak akan terus berfungsi membantu rakyat di peringkat akar umbi dengan perlantikan sebagai JKKKP. Terdahulu dalam ucapan saya, saya membangkitkan soal kenaikan harga beras dan barang-barang keperluan yang menjadi keresahan masyarakat kini.
Keresahan penduduk kampung mengenai kenaikan harga beras dan barang keperluan perlu diberikan perhatian dan ditangani dengan sebaiknya.
Tan Sri Muhammad turut mengulas isu-isu yang saya bangkitkan dan menjelaskan usaha-usaha yang sedang diambil oleh kerajaan bagui meringankan beban rakyat ekoran kenaikan harga barangan keperluan. Saya turut memaklumkan program penerangan yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian ini akan diteruskan bagi membolehkan rakyat khususnya penduduk luar bandar mendapat gambaran yang jelas tentang usaha-usaha yang sedang diambil kerajaan dalam membela nasib mereka.

7 comments:

KakiBola said...

Salam Engku...jiwa kemelayuan Engku cukup hebat. Saya tabik spring. Tapi ada sorang Melayu (entah Melayu entah tidak) dah mula nak tunjuk taringnya yang dah tumpul. Apa komen Engku dalam hal ni? Dah abis zaman kemuncak, sekarang ni nak pecah belahkan pulak Melayu....alahai UMNO

Azuan wan said...

akm...Yang mulia Datuk Seri Raja Ahmad Semoga senatisa sihat dan ditambahkan Semangat oleh Allah SWT dalam memperjuangkan nasib org melayu khasnya org melayu Dun KUBU Gajah,Seperti mana Datuk seri membela nasib org melayu di sini semasa menjadi adun kawasan Batu Kurau dan ahli parlimen Larut...insyaallah..apabila tiba wawasan 2020 nanti kawasan kita akan menjadi Maju seiring dengan nya org melayu yang bersatu menyokong UMNO dan Datuk seri juga akan maju..
Org melayu kampung kita tak perlu lagi pergi pekan SELASA naik KERETA SAPU 3 duduk di depan 5 @ 6 org duduk dibelakang..org melayu kg kita tak perlu lagi minum air tanah merah akibat penebangan balak yang merosakan punca air penduduk kg..almaklumlah org kg tak mampu nak masuk paip kerajaan dan membayar bil bulanan jadi terpaksalah berpakat memasang paip untuk mengambil air yang berpunca dari bukit,kira macam air masyarakatlah yg dibuat atas kemufakatan dan semangat bersatu org melayu kg..hanya untuk kegunaan harian..tapi dengan kuasa KETUANAN MELAYU balak di tebang dan beri org melayu kg minum air tanah merah ..lepas tu laungkan...KITA PEMBELA BANGSA MELAYU...
Bila menjelang 2020 nanti yang masa nya tak sampai pun 12 tahun lagi org kg kita akan maju datuk seri,org kg tak perlu lagi pergi ke pekan taiping yg jauh untuk mengeluarkan duit yg dihantar oleh modal insan @anak-anak...org kg tak perlu lagi nak pergi hospital yg begitu jauh dengan tiada nya pengankutan AWam..org kg tak perlu lagi..memadam kebakaran rumah dengan air telaga..akibat jauhnya balai bomba..
semua ini pasti nya kan berakhir bila menjelang 2020 dengan kerja datuk seri membela nasib org melayu dan semanagt bersatu nya org melayu dalam menyokong DS...insaAllah..

yap-otai-broe said...

INGAT ASAL USUL KITA...
RENUGKAN PERJUANGAN NENEK MOYANG KITA...

Abd Bashid Harun said...

Memang benar, kita tiada pilihan lain selain bersatu, bukan saja dalam hala juga dalam cara. Kita sudah lama diletihkan dengan perselisihan dan perpecahan yang merugikan.Saiz kita semakin mengecil disebabkan perbezaan isme, ideologi, mazhab, halaqat dan aliran yang kita cipta sendiri. Kita memilih-milih siapa di antara kita boleh menjadi kawan, dan siapa pula yang menjadi lawan kita. Sedangkan pada masa yang sama musuh-musuh kita merapatkan kesatuan dan melupakan perbezaan antara mereka.Justeru kita tidak banyak pilihan selain kembali kepada asal kita yang menjadi ori kita. Kita kembali kepada ajaran Islam sebagai pegangan kita, UMNO sebagai parti kita dan budaya serta tatasusila Melayu sebagai cara hidup kita.

epain said...

sy heran lah...kita org melayu antara yg memperjuangkan semangat perpaduan dan bersatu...

"bersatu teguh, bercerai roboh"...

tapi dlm masa yg sama kita sendiri tidak bersatu...

atau adakah kita "memilih" isu baru kita bersatu?

epainworld.blogspot.com

Azuan wan said...

km...moga sihat dan ceria selalu..

Terima Kasih Kerana Jalan Kg Kelian dalam DUN DS Telah di Tar semula..
Terima kasih banyak kepada Ds kerana masalah ini telah pon diatasi..

P/s:apa pendapat Ds kalau jalan ini dilebarkan lagi,bukan apa senang sikit kalau kereta volvo ds nak masuk,
masa ds menijau kawasan.Sesekali perlu juga keluar dari kubu untuk meninjau kawasan walaupun berada dalam kubu itu DIJAMIN KESELAMATAN NYA.
Kepada KETAM saya bersetuju dengan pendapat anda berkatalah benar walaupun kebenaran itu pahit..
Janganlah menjadi penasihat 25% yang membawa reba dan rebah..

Budak Kuala Kenas said...

Saya amat pessimis bila bila UMNO bercakap soal kesatuan orang melayu.

Wadah perjuangan UMNO adalah adalah betul dan sentiasa relevan tetapi sebahagian besar orang melayu telah jelak dengan pendekatan dan kesungguhan pemimpin-pemimpin UMNO dalam melaksanakan pelan tindakannya.

Bagi saya budaya kerja UMNO telah usang, tidak sesuai untuk menangani isu-isu sediada dan yang mendatang. Tiada juga tokoh yang kelihatan sesuai meneraju agenda perjuangannya. Setiap satu yang ada pada hari ini mempunyai masalah integriti, punya kepentingan diri, banyak cakap dari bekerja, dan cetek ilmu.

Melayu perlu bersatu tetapi tidak mungkin ini akan terjadi dengan teraju yang serba kekurangan.