Template by:
Free Blog Templates

30 April 2014

Insuran

Ahli-ahli pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan diberi perlindungan insuran.

Ia diantara usaha mendekati masyarakat dengan PPK.







Demikian dinyatakan pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mesyuarat lembaga PPK D8 Batu Kurau, pagi tadi.

Pada masa ini terdapat seramai 3,130 ahli PPK melalui 22 unitnya di seluruh Batu Kurau.

Katanya satu taklimat mengenai perkara itu akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua unit untuk membincang dan memajukan tanah terbiar.









Sementara itu, satu kursus ternakan kambing dan pertanian akan diadakan pada 15 mei ini.

0 comments: