Template by:
Free Blog Templates

23 July 2010

Korek pasir




Apa sudah jadi. Kerja mengorek pasir memang baik untuk mendalami sungai bagi menggelakkan banjir.

Tetapi dalam tinjauan saya di sungai Batu 20 hakisan membimbangkan dan amat dekat dengan jalan raya.

Saya harap JPS akan ambil tindakan segera bagi mencegah banjir. Petang semalam air semakin naik dan hampir melimpah ke jalan raya.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Nampaknya sampai masanya YMDS berbuat baik dengan Pegawai JPS, Jabatan Masyarakat, Jabatan Agama, Pejabat Daerah, Pegawai Perhilitin dan unit pembangunan yang lain2.

Konsep turun padang saya rasa mestilah ditukarkan kepada konsep jumpa perlaksana dan pegawai kewangan.

Kalau YMDS turun padang tapi pegawai kewangan katakan tidak ada peruntukan untuk tahun itu, bukan turun padang, lompat padang pun tak berhasil.

Mereka di Jabatan, kadang2 ada ego sedikit. Contohya jabatan tanah dan ukur. Ada sahaja jawapan kepada soalan, macam mereka tidak tahu dasar kerajaan untuk membasmi kemiskinan. Jawapan mereka selalu yang berkaitan "kami mengikut prosedur dan arahan". Mereka tak tahu dasar. Jika kerja tersebut melibatkan agensi lain mereka agak malas membuat sesuatu tindakan terutama sekali melibatkan jabatan ukur. Saya rasa pegawai jabatan tanah hendaklah selalu buat kenduri dengan pejabat juruukur.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat kerja korek pasir ni dijalankan kontrek Ali Baba. Saya tak marah Ali Baba kerana ia berpegang kepada konsep win-win. Tapi ada segelintir orang Cina katakan mereka tidak untung kerana semua Melayu yang dapat.

Saya lihat papan tanda korek pasir di Sg Marlow luar dijalankan atas nama Melayu. Tapi yang saya nampak orang cina yang mundar mandir macam taukehnya. Yang Melayu perempuan kira bilangan lori yang keluar.

Masalahnya mereka bulldozer semua pokok buah2an saya yg terletak ditepi jalan. Bila saya complaint ke Cina yang mundar madir mereka kata mereka tidak tahu. Tapi sah lori pasir yang menggunakan jalan tersebut. Tanah sebelah parit pun runtuh tidak dibaiki.
mereka tak pedulikan.

Saya ingat ketua kampung minta cagaran $5000 untuk membaiki tanah runtuh dan pokok masyarakat yang di bulldozer.

Ketua kampung kita tak mahu turun padang. Cuma wakil rakyat yang turun padang. Janganlah selalu duduk di kedai kopi si SUPI, Kubu Gajah. Cuba turun padang seperti YMDS. Kalau tidak masyarakat yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya.

Di Pulau Pinang orang Cina minta 5 ringgit sepokok jika ubi kayu mereka di tebang semasa membina expressway Jelutong-Weld Quay.

Pokok rambutan, kelapa sawit, dan pokok bunga hiasan saya, dan limau bali di potong berapa ringgit saya perlu minta sebagai gantinya?.

Tapi sifat orang Melayu tidak seperti sifat orang Cina di Jelutong. Itulah kebaikan Melayu yang saya lihat.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Konsep turun padang yang menjana pembangunan adalah seperti yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri kita.

Beliau ke Serawak bukan hanya turun padang lihat masalah tapi terus beri bantuan.

Mengikut Paulo Freire turun padang begini dianggap turun padang tindakan serta merta. Tapi turun padang YMDS tak boleh hendak diklafisikasikan, mungkin turun padang untuk perancangan agaknya.

Sebagai contoh tanah terbiar sangat banyak di ADUN Kubu Gajah.

Salah satu sebab tanah terbiar kerana tanah tersebut berkongsi adik beradik. Tiada seorang pun mahu mengusahakannya sebab jika diusahakan ahli keluarga yg lain mungkin tidak setuju atau tidak mahu membantu.

Jika tanah tersebut dipecah geran/bahagian ahli keluarga terpaksa membayar paling sedikit 5000 ringgit bagi setiap lot. Lagi pun tidak cukup seekar utk pertanian.

Mereka tidak mampu membayar sedemekian.

Saya baca dalam berita YAB PM kita memberi bantuan untuk pengukuran bagi penentuan tanah hak milik di Serawak. Kenapa Daerah Selama yang paling mundur di Perak tidak diberikan peruntukan yang demikian?

Kalau bantuan tersebut diberikan dekat pilihan raya Y. Berbahagia Zahid PKR katakan ia sebagai rasuah untuk mendapatkan undi. Kalau bagi bantuan sekarang kita boleh tutup mulut wakil PKR Hulu Selangor tersebut.

Kalau tidak saya rasa mungkin beliau bawa perkara ini ke mata dunia kerana ia dianggap oleh kerajaan tidak korupsi.

Saya pun tak tahu siapa yang korupsi.

Sekian untuk makluman YMDS.