Alhamdullilah, selesai sudah persidangan agung UMNO Bahagian Larut yang diresmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir tenghari tadi sambil menyeru agar seluruh Pemimpin dan ahli UMNO setiap peringkat mengutamakan perpaduan untuk mempastikan kekuatan parti menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 nanti.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak memuji semanga yang telah ditunjukan oleh UMNO Bahagian dengan kehadiran perwakilan yang begitu ramai pada persidangan kali ini.
Dr Zambery berkata jika hanya UMNO menjadi harapan kepada Orang Melayu untuk membela nasib mereka dan UMNO masih mendapat tempat di hati rakyat. Mereka juga telah sedar akan pentingnya parti keramat itu terus diberikan kepercayaan untuk menubuhkan Kerajaan.
Sepanjang mengetuai Kerajaan Negeri dan UMNO serta Barisan Nasional Perak, Dr Zambery begitu gembira melihat sokongan padu ahli-ahli untuk memperkukuhkan parti menghadapi PRU ke 13.
Menurut beliau, tidak ada maknanya ahli-ahli berebut jawatan dalam parti jika UMNO hilang kuasa.
Persidangan yang dihadiri lebih 350 orang perwakilan itu diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Toh Sajak, Batu Kurau.
Semalam diadakan persidangan Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Larut. Persidangan Puteri Bahagian telah diadakan pada 26 Jun yang lalu di Bagan Bahru.
3 comments:
YMDS,
Saya setuju pendapat YAB MB "tiada gunanya kita berebut jawatan parti" tapi parti tidak berkuasa.
Tapi itulah trend sekarang.
Baharui tekad kita 111.
Perbetulakn niat kita.
SATU UNUTK SEMUA dan SEMUA UNTUK SATU.
Mudahmudahan kita akan BERJAYA.
YMDS,
Kita perlu kerja keras untuk mengekalkan wakil rakyat UMNO di kawasan masing-masing.
Bila saya jumpa tiap2 pembangkang tiada seorang pun yang mengatakan yang mereka tidak sukakan UMNO.
Yang mereka tidak suka ialah segelintir pemimpin UMNO tapi bukan parti UMNO.
Perkara inilah yang harus kita terangkan kepada ahli PAS yang pemimpin Bahagian kita tidak seperti yang mereka sangkakan.
Perlu kita menerangkan tentang pemimpin yang lain tidak seperti yang mereka jangkakan.
Kedua banyakkan ahli UMNO. Cepatkan proses menjadi ahli. Ada 7/8 orang dari ADUN Selama/Kubu Gajah mengambil masa setahun untuk jadi ahli. Tapi kalau orang kuat parti pembangkang jadi ahli prosesnya amat mudah.
Perlukah seseorang itu menjadi pembangkang terlebih dahulu baru memohon menjadi ahli UMNO supaya pendaftarannya dapat dilakukan dengan segera?
Ramai kawan-kawan hendak jadi ahli UMNO menjadi ahli PAS sebab proses pendaftaran menjadi UMNO terlalu lama. Manakala menjadi ahli PAS amat sengkat.
Ketiga tentukan ahli Pemuda dan Puteri sudah mendaftarkan ahli sebagai pengundi. Saya yakin masih ramai yang tidak mendaftar.
Kelima perlu mulakan berkempen kepada mereka yang baru mencapai 21 tahun. Kumpulan inilah yang menentukan kemenangan kita.
Yang keenam kaji kenapa 25% tidak datang mengundi. Adakah orang India atau pemuda Melayu (bawah umur 40 tahun) Saya hairan betul kenapa ada undi pos rosak di Hulu Langat kerana mereka ini adalah 'educated' (seperti askar dan polis). Perkara yang sama akan berlaku di Kubu Gajah nanti.
Kumpulkan mereka yang ada melihat pengiraan undi dipilihan raya yang lalu. Tanya mereka kampung mana yang ramai mengundi parti UMNO dan prti pembangkang.
Perlu juga YMDS pergi sembahyang Maghrib dan cuba bertanay secara tidak langsung kenapa orang tidak sukakan YMDS. Sudah tentu ramai yang mengatakan mereka bukan tak suka YMDS tapi pemimpin UMNO yang lain yang mereka tidak sukakan.
Isu agihan tanah, saham kelapa sawit dan bantuan ke masjid yang menjadi buah mulut parti pembangkang. Bantuan masjid sudah OK. Itu pun PAS mendakwa mereka yang membetulkan keadaan.
Harap YMDS betulkan persepsi mereka kerana PRU 13 lebih kepada pengundian persepsi, walau pun tak betul.
Sekian untuk makluman YMDS
YMDS,
Orang berebut jawatan kerana kita tidak berpegang kepada KPI tapi berpegang kepada undian ahli.
Zaman 60an dahulu siapa pun tak mahu jadi IMAM kerana KPInya ialah orang yang dapat membaca surah yang berbeza2 semasa sembahyang terawih dengan betul. Jadi orang tak berebut2 untuk jadi ketua masjid tapi kenapa untuk jadi Ketua Bahagian/Cawangan mula kita berebut2.
Kalau KPInya jelas seperti peningkatan pengutipan cukai, peningkatan kawasan yang dimajukan, peratusan peningkatan bilangan ahli UMNO yang bertambah dalam setahun sudah tentu ramai yang tak mahu jadi Ketua UMNO.
Tapi jika KPInya ialah dengan senang dapat kemudahan(seperti peruntukan pembangunan serta merta, tender, saham, pengarah syarikat dll.) sudah tentu orang macam saya pun mahu mejadi KETUA. Orang 'alignmen'nya tak betul bila naik tangga pun nak jadi Menteri. Orang selalu melawat hospital checking darah tinggi/ kencing manis 2 bulan sekali pun mahu jadi Menteri, tak kira apa bangsa.
Inilah kelemahan demokrasi dengan mengundi untuk jadi pemimpin. Orang Brunei tidak mengundi tapi orang Melayu menjadi kaya (ada rumah besar, lebih dua biji kerita di tiap2 rumah). Orang Cina walaupun otak mereka dipengaruhi Singapura sedikit tapi mereka bertambah kaya raya.
Kemungkinan kita mengundi orang yang retorik. Semasa saya belum kurang pelajaran dulu saya pun undi orang yang pandai bercakap tapi ia sendiri tidak maju, tanahnya hutan, duit ada tapi disimpan-tak diinvest (digemokkan). Saya tak undi orang yang tak pandai cakap tapi setelah lebih berpelajaran saya mengundi orang yang rajin dan ada peningkatan pada dirinya sendiri dan kumpulannya.
Sekian. Terima kasih kerana membaca pendapat saya ini.
Post a Comment