Template by:
Free Blog Templates

6 July 2010

Padat





Ahad kelmarin, Saya mempunyai beberapa acara yang penuh termasuk meresmikan program mesra rakyat, anjuran penduduk-penduduk di Kampung Changkat Lobak, Batu Kurau.


Program itu termasuk pembukaan kelas berzanji, celek komputer dan pendaftaran ahli Rela. Ia cukup meria, tahniah kepada Pengerusi Jawatankusa penganjurnya, Dr Mohamed Amin Zakaria yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian.


Kemerduan suara berzanji oleh seorang Ibu dan kanak-kanak cukup mengasyikan Saya dan para tetamu yang hadir termasuk Ketua-Ketua UMNO Cawangan yang berhampiran.


Saya kemudian bergegas ke Sungai Segar kerana majlis perasmian Mesyuarat Agung Bekas Perajurit Bahagian Selama, sambil memberi semangat agar ahli-ahlinya terus bersatu dalam memperjuangkan nasib mereka.


Beberapa majlis kenduri kahwin juga dilangsungkan pada hari tersebut. Saya sempat ke majlis di Kelian Gunung dan Pantai Besar.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Tahniah YMDS kerana lawatan yang begitu padat.

Saya lihat ada 3 tujuan YMDS ia itu:

Yang pertama untuk mengekalkan menjadi Ketua Bahagian berasaskan pilihan perwakilan.

Yang kedua untuk dicalonkan menjadi wakil rakyat yang ditentukan oleh pucuk pimpinan.

Yang ketiga untuk mengekalkan menjadi wakil rakyat ADUN Kubu Gajah yang ditentukan berdasarkan undian rakyat Kubu Gajah.

Kebanyakan lawatan YMDS lebih kepada tujuan pertama.

Yang saya dan kawan2 saya pentingkan ialah tujuan yang ketiga iaitu lawatan yang lebih memberi keuntungan untuk semua, lebih2 lagi yang miskin seperti jalan 'leterite' untuk membawa hasil ke kilang/kedai di kawasan yang ekonominya giat berkembang, maknanya semua kawasannya mengeluarkan hasil (kerajaan dapat cukai) bukan hutan simpan. Kalau hutan simpan lori balak sudah buat jalan. Kita tak perlu baiki lagi.

Cuba bina jalan 'leterite' di mana kerajaan dapat memungut cukai dengan banyaknaya. Cuba tanya YB ahli Parlimen Larut. Mungkin orang lain tidak tahu. YB Dato Hamzah Zainuddin tentu tahu dari mana cukai hasil getah dan kelapa sawit diperolehi.

Kalau tak buat jalan letrite orang miskin akan jual tanah mereka kepada orang kaya kerana orang miskin tak terdaya buat jalan untuk mengeluarkan kelapa sawit. Sebab itu banyak tanah di Kawasan Sg Lompong di jual kepada Haji Rejam sebab beliau boleh membina jalan literite.

Hasilnya seperti kata Tun Dr. Mahathir yang kaya akan menjadi kaya dan yang miskin menjadi bertambah miskin.

Begitu juga lembu akan dijual kepada yang kaya di FELDA Ijok kerana yang miskin tak boleh buat pagar. Akhirnya yang kaya akan menjadi kaya. Rupa2nya yang kaya pun tak buat pagar. Habis lembu2 ini rosakkan kebun nenas dan anak kelapa sawit yang ditanam.

Sekian untuk makluman YMDS