Template by:
Free Blog Templates

4 July 2010

Kenduri durian





Walaupun bukan musin durian, tetapi saya sempat juga berkelah makan durian di kampung Sangkut, Ijok.

Bersama beberapa orang Ketua kampung, kami berkelah di rumah ibu mertua Mohamed Bin Abdullah, ahli majlis daerah Selama.

Selepas itu, saya ke rumah ketua UMNO cawangan Batu Kurau, Mohamed Bin Abdullah yang melangsungkan perkhawinan perempuannya.

Yati anak Mohamed adalah penyelia KEMAS Parlimen Larut.

3 comments:

Unknown said...

Website http://mybloghub.my/ mula beroperasi pertengahan Januari tahun ini, dalam tempoh hanya 5 bulan telah mencecah 600,000 pengunjung. Purata pengunjung harian adalah antara 6,000 ke 7,000 (kurang sedikit pada hujung minggu). Ruang iklah sebelah kiri website kini dibuka. Boleh tambah bilangan pengunjung ke blog yang mengiklan. Satu bulan hanya RM1,500. Jika berminat email ke: mybloghub@yahoo.com

Unknown said...

Salam:

Tahniah Dato'. saya kerap mengunjungi blog Dato' dan saya cukup berbangga kerana Dato' selalu turun padang menemui pengundi.

Sekiranya setiap wakil akyat BN melakukan seperti Dato' saya amat yakin rakyat akan bersama-sama BN di PRU akan datang.

Jangan hanya tunggu bila musim pilihanraya baru nak jenguk mereka. Rakyat kini lebih matang dan cerdik.

Teruskan dato'.

Anonymous said...

YMDS,

Saya pernah memberitahu YMDS tentang senerio Encik Md. Nor Rantau Panjang yang mendapat 5 keuntungan hasil daripada menjadi ahli UMNO. Ahli UMNO kita ada lebih 4 juta.

Kalau orang yang sama dapat ketua kampung, ketua cawangan dan anaknya pula menjadi ketua KEMAS bagaimana tentang 4 juta penyokong UMNO yang lain.

Perkara ini telah dibentangkan di dua sesi persidangan perhimpunan. Tapi yang hadir ketawa terbahak2.

Pertama tentang tokong (Tuhan) agama Hindu yang ada 6 tangan. Tuhan agama Hindu memberi 6 sedekah tapi ada ahli UMNO yang dapat 6 keuntungan (tangan sapu semua) walaupun sudah pencen.

Apabila sudah pencen mereka menjadi pengarah 4 syarikat yang sepetututnya diberikan kepada ahli UMNO yang lain (bukan orang yang sama). Yang tak dapat apa-apa sejak jadi UMNO tapi ada qualification seperti dalam bidang pemasaran dan kosting. Sebab orang UMNO yang lulus COSTING tidak dipilih sebab itu syarikat GLC tak dapat untung yang lebih tinggi. Perkara syarikat GLC telah dikemukakan di persidagan 2 tahun yang lalu.

Inilah yang saya takut kepada slogan 'pencapaian tinggi diutamakan' (Oxford, Cambridge) tapi tak dapat keuntungan seperti yang diperolehi KUB (UMNO), MULPHA (MCA) dan syarikat MIC yang baru dibeli.

Pada masa sekarang mereka yang berkelulusan akaunting yang banyak jadi pengarah. Tapi tak untung banyak. Kenapa tak cuba kami ahli UMNO yang major dalam 'costing' jadi pengarah atau pun 'finance atau marketing analysis' menjadi pengarah seperti PNB/ASN dsbnya.

Masa depan mereka ini mempunyai kepakaran yang lebih baik tidak akan terpilih kerana dalam taklimat kelab UMNO luar negara UMNO mementingkan mereka dari Harvard, Oxford, Yale dan Cambridge untuk dilantik terus menjadi eksekutif di syarikat GLC. Bolehkah Harvard memperolehi untung lebih 20% setiap saham (lebih daripada BankRakyat)?.

Itulah yang membuat ahli UMNO peringat menengah dan bawahan susah hati. Yang mendapat keuntungan masih mereka top 10%.

Saya rasa YMDS beri peluang juga ahli lain mendapat menafaat sisebabkan menjadi ahli UMNO, bukan orang yang sama.

Sekian minta perhatian YMDS.