Template by:
Free Blog Templates

13 July 2010

Sisa Balak digunakan untuk Tambah Pendapatan







Saya amat tertarik dengan kreativiti penduduk Kampung Teras di Ijok yang menggunakan sisa-sisa kayu balak untuk dijadikan alat perabot dan perkakas lain.

Mereka mengumpulkan wang sendiri untuk membeli kayu-kayu yang ditinggalkan Pembalak atau Penebang pokok seperti Merbau, Cengal, Meranti dan Seriyan.

Kayu-kayu tersebut selepas direkabentuk semula, kini mendapat pasaran yang agak menggalakan termasuk perhiasan rumah dan tempat perkelahan.

Saya berharap agar Pusat Giat Mara dapat melakukan tinjauan ke bengkel tersebut bagi melihat sendiri kreativiti penduduk kampung dalam menghasilkan produk berasaskan bahan-bahan tempatan yang tidak digunakan lagi.

Saya sendiri telah melawat bengkel yang meghasilkan semula kayu-kayu tersebut di Kampung Teras selepas dimaklumkan oleh Ketua Kampungnya, Abd. Wahab bin Mohd Yatam yang turut merayu agar saya dapat membantu mereka.

Mereka juga berharap mendapat sokongan pihak-pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan bagi membenarkan mereka mengeluarkan kayu-kayu balak yang tidak digunakan lagia itu.

Kayu-kayu dibeli dan bukan percuma dengan kadar upah yang diberikan kepada penduduk kampung.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Jika YMDS berjalan antara Alor Pongsu dengan Matang Jelutung (sebelah kiri) ada tempat kami menjual kayu lama/ atau tenggelam.

Tapi yang saya tahu mereka ini menjualnya kepada orang tengah.
Tak banyaklah untung yang mereka perolehi.

Kalaulah yang berhormat bantu mereka bagaimana hendak mengekspot barangan ini keluar negara ada lebih baiknya daripada saja2 melawat dan memberi pendapat.

Tiba masanya dekat pilihan raya ini kita perlu bertindak bukan memberi cadangan seperti hendak memajukan Kubu Gajah tapi tak buat apa2 pun.

Di Sungai Lompong pun ada orang kita yang menjual sisa balak.

Saya pun suka membuat kerja begini tapi sewa lori hingga $140 ringgit untuk mengeluarkan kayu tersebut ke tepi jalan. Tapi kalau kawan mereka hanya $30/40 ringgit. Inilah tabiat orang Melayu. Tapi bila ke pejabat mereka minta tolong orang seperti saya (orang Melayu). Upah menanam nenas hendak $1.20 sen sebatang. Orang Indon $4.00 seikat (50 anak pokok). Kalau tak percaya tanya tuan tanah seratus ekar dekat Sungai Dendang. Bagaimakah kita nak menggalakkan orang Melayu bekerjsama. Falasafah mereka kalau ada kesempatan sapulah tak kira Melayu atau Cina.

Sekian. TK